solat sunat gerhana Flashcards
Maksud Solat Sunat Gerhana
Solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan dengan cara-cara yang tertentu.
Hukum Solat Sunat Gerhana
Sunat muakkad.
Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Gerhana
Niat
Gerhana bulan (makmum):
Lafaz niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ خُسُوْفِ اْلقَمَرِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.
Gerhana matahari (makmum):
Lafaz niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ كُ سُوْفِ اْلشَّمْسِ رَكْعَتـَيْنِ مـأَمُومًـا لِلّهِ تـَعَـالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.
Bilangan Rakaat
2 rakaat.
Waktu
Dilakukan ketika berlaku gerhana matahari atau gerhana bulan.
Cara Pelaksanaan
Digalakkan secara berjemaah.
Bacaan dalam Solat
Rakaat pertama dan rakaat kedua:
Surah Al-Fatihah dan surah lain.
Rukuk Pertama
Rakaat pertama:
Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat pertama untuk kali kedua.
Rakaat kedua:
Sebaik-baiknya memanjangkan kadar rukuk seperti kadar panjang bacaan surat pada rakaat kedua.
Qiam
Rukuk Kedua
Rakaat pertama:
Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat pertama untuk kali kedua.
Rakaat kedua:
Sebaik-baiknya panjang rukuk seperti kadar panjang bacaan pada rakaat kedua untuk kali kedua.
Menyempurnakan Rukun-Rukun yang lain Sehingga Memberi Salam
Hikmah Menunaikan Solat Sunat Gerhana
Memberikan peringatan supaya manusia tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran.
Memandu manusia mentauhidkan Allah SWT kerana meninggalkan amalan khurafat semasa gerhana.