isu isu dalam perkahwinan Flashcards
Maksud Talak dan hukum
Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.
Hukum : Harus
Jenis-jenis Talak
Talak Raj’ie: Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu.
Talak Ba’in: Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu.
Hukum talak
Wajib - perbalahan yahg tidak boleh diselesaikan
Sunat - isteri berakhlak buruk
Makruh - isteri berkelakuan baik dan cerai tanpa sebab
Haram - menceraikan isteri ketika haid atau suci tetapi telah disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak
Maksud Fasakh dan Hukum
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu.
Hukum
Harus isteri memohon fasakh.
Contoh Sebab Fasakh
Isteri memohon fasakh kerana suami sering memukul hingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Suami hilang
Suami tak beri nafkah
Maksud Khuluk dan Hukum
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.
Hukum
Harus.
Contoh khuluk
Mahkamah meluluskan permohonan khulu’ atas permintaan isteri dengan memulangkan bayaran mahar kepada suami.
Contoh bayaran khuluk
Wang tunai
Emas
Perak
Hartanah
Maksud Li’an dan Hukum
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab.
Hukum
Wajib untuk mengelakkan suami daripada hukuman qazaf
Kesan Li’an
Suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya.
Anak tidak boleh dinasabkan kepada suami dan tidak berhak mendapat nafkah dan mewarisi pusaka daripada ayahnya.
Maksud Iddah dan Hukum
Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami.
Hukum
Wajib
Larangan Semasa Iddah
Menerima pinang lelaki lain secara pinang atau kiasan
Keluar daripada rumah yang disediakan suami kecuali untuk keperluan yang dibenarkan syarak.
Berhias diri kecuali wanita yang dalam ‘iddah raj’ie
Tempoh ‘Iddah
Situasi Bercerai Hidup Bercerai Mati
Belum putus haid 3 kali suci
Telah putus haid 3 bulan hijrah 4 bulan 10 hari
Belum pernah disetubuhi Tiada ‘iddah
Sedang Hamil Sehingga melahirkan anak
Maksud Rujuk dan Hukum
Hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikan dalam tempoh ‘iddah.
Hukum
Harus.
Syarat Rujuk
Dengan kerelaan sendiri.
Bukan perceraian kerana fasakh atau khuluk.
Bukan diceraikan dengan talak tiga.
Isteri yang diceraikan masih dalam tempoh iddah.