keunggulan tokoh islam Flashcards
Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayyubi
Nama Penuh: Yusuf bin Ayub bin Syazi
Tarikh Lahir: 532 H
Tarikh Meninggal Dunia: 589 H
Jawatan: Pemerintah bagi Kerajaan Al-Ayyubiyyah
Ketinggian Akhlak:
Menghormati para ulama.
Berani mempetahankan agama.
Prihatin terhadap kebajikan rakyat.
Guru yang tersohor:
Ali bin Al-Hassan bin Hibat Allah bin Asakir Ad-Damsyiqi.
Sumbangan Tokoh Salahuddin Al-Ayyubi
Ketenteraan:
Membebaskan Batul Maqdis daripada penguasaan Tentera Salib.
Keilmuan:
Mengembalikan semula pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam sistem pendidikan.
Pentadbiran:
Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikan sebuah hospital yang dinamakan Al-Bimaristan Al-Atiq
Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit
Sumbangan Salahuddin Al-Ayyubi
Ketenteraan:
Membebaskan Batul Maqdis daripada penguasaan Tentera Salib.
Keilmuan:
Mengembalikan semula pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam sistem pendidikan.
Pentadbiran:
Mengubah sebuah dewan di istana dengan menjadikan sebuah hospital yang dinamakan Al-Bimaristan Al-Atiq
Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit.
Riwayat Hidup Hasan Al-Banna
Nama Penuh: Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman Muhammad Al-Banna
Tarikh Lahir: 25 Sya’ban 1323 H / 14 Oktober 1906
Tarikh Meninggal Dunia: 1368 H / Februari 1949
Jawatan: Mursyidul ‘Am Ikhwanul Muslimin
Ketinggian Akhlak:
Memuliakan orang-orang yang wara’ dan soleh.
Gigih menggerakkan usaha dakwah.
Berlapang dada apabila terdapat perbezaan pendapat.
Antara Guru yang Tersohor:
Ahmad bin Abdul Rahman Al-Banna.
Syeikh Muhammad Zahran.
Sumbangan Hasan Al-Banna
Hasil Karya:
Risalatu At-Ta’alim
Al-Ma’thurat
Organisasi:
Mengasaskan pertubuhan Ikhwanul Muslimin.
Murid yang mashyur:
Sayyid Qutb
Yusuf al Qardhawi
Riwayat Hidup Ahmad bin Ibrahim
Nama Penuh: Ahmad bin Muhammad Ibrahim
Tarikh Lahir: 15 Mei 1916
Tarikh Meninggal Dunia: 17 April 1999
Gelaran: Professor Emeritus Tan Sri Doktor
Pekerjaan: Pensyarah Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
Ketinggian Akhlak:
Suka menyebarkan ilmu.
Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan.
Tahap Pendidikan:
Victoria Bridge School, Singapura.
University of Cambridge
Sumbangan Ahmad bin Ibrahim
Hasil Karya:
Pelopor jurnal hukum.
Menghasilkan buku-buku berkaitan dengan Undang-Undang di Malaysia.
Sistem Undang-Undang Malaysia.
Islamic Law in Malaysia.
Kehakiman:
Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syari’ah.
Perundangan:
Anggota panel pengasas Kuliah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Iktibar daripada Keunggulan Tokoh
Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran yang dimiliki agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang lebih berkualiti supaya dapat berbakti kepada masyarakat dan negara.