memahami sunnatullah Flashcards
Sebab Turun Ayat 139
Ibn ‘Abbas RA berkata: Ketika para sahabat Nabi Muhammad SAW mengalami kekalahan dalam Perang Uhud, lalu Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah janganlah engkau biarkan mereka menewaskan kami, Ya Allah tiada daya melainkan kekuatanmu, Ya Allah tiada lagi yang akan menyembahmu kecuali kumpulan kami ini, maka bantulah kami
Konsep Sunnatullah ( maksud )
Sunnatullah bermaksud sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut.
Sunnatullah Meliputi Perkara Berikut
Sunnatullah Bersifat Tetap dan Kekal dengan Izin Allah
Sunnatullah Merangkumi Semua Makhluk
Sunnatullah Berasaskan Konsep Sebab, Musabab dan Akibat
Kepentingan Mengkaji Sejarah Umat Terdahulu
Dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu
Dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu
Dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan dengan berpegang teguh pada akidah yang benar dan berakhlak mulia
Contoh dapat mengenal pasti sebab kejayaan umat terdahulu
- Kaum Nabi Yusuf AS
Menyimpan bekalan semasa musim menuai atas nasihat Nabi Yusuf
Selamat menghadapi kemarau panjang 7 tahun
- Talut Dan Tenteranya
Mempunyai kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh yang kuat
Dapat menewaskan tentera jalut yang ramai
Contoh dapat mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu
- Kaum Lut (Umat Nabi Lut)
Ingkar perintah Allah dan mengamalkan homoseks
Bumi diterbalikkan
- Kaum Tsamud (umat Nabi Saleh)
Bersifat angkuh dan menuduh Nabi Saleh pendusta
Dibinasakan dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat
Kesan memahami sunnatullah
Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak allah swt yang maha bijaksana
Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan
Mengkaji dan menyelidik kejadian alam untuk pembangunan dan kemajuan umat Islam
Pengajaran ayat
Kita hendaklah mengkaji dan menyelidiki sejarah umat terdahulu agar menjadi panduan dalam kehidupan.
Kita hendaklah menyakini bahawa Al-Quran ialah pentunjuk ke arah kebenaran bagi orang yang beriman dan bertakwa.