khauf dan raja' Flashcards
maksud khauf
Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangannya.
maksud raja’
Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahnya.
Cara Mendapatkan Khauf
Sentiasa bertaubat
Sentiasa mengingati mati
Cara Mendapatkan Raja’
Bermujahadah menentang hawa nafsu
Melaksanakan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan istiqamah
Tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah swt
Contoh Khauf Dan Raja’ Yang Diamalkan Oleh Rasulullah SAW
Rasulullah mendirikan solat sunat gerhana matahari dengan khusyuk, pada sujud terakhirnya baginda menangis kerana berasa takut Allah menurunkan azab
Rasulullah SAW, pernah menziarahi seorang lelaki yang sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika itu, lelaki itu memberitahu baginda, bahawa dia sangat mengharapkan rahmat Allah dan merasa sangat takut, akan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
Konsep Khauf Dan Raja’ Yang Seimbang
Rasa takut dengan Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak.
Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT hendaklah melakukan amal ibadah dan menjauhi perbuatan maksiat.
Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Hikmah khauf dan raja’
Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan allah swt kerana takut akan kemurkaannya
Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan kebaikan supaya mendapat kemanisan iman