setiap orang ialah pemimpin Flashcards
Tanggungjawab pemimpin
Berlaku adil & menghapuskan kezaliman.
Menegakkan syariat Islam.
Menyusun sistem pentadbiran yang cekap & amanah.
Menyediakan infrastruktur yang lengkap.
Bersikap toleransi terhadap orang bawahan.
Tanggungjawab suami
Memberikan nafkah kepada anggota keluarga.
Memberikan didikan agama kepada isteri & anak-anak.
Memberikan perlindungan & menjaga keselamatan anggota keluarga.
Melayan & bergaul dengan isteri & anak-anak dengan baiknya.
Tanggungjawab isteri
Mentaati suami & menunaikan haknya.
Menjaga maruah diri, suami & keluarga.
Memelihara & mendidik anak-anak.
Menguruskan rumah tangga.
Tanggungjawab anak
Berbakti kepada ibu bapa sewaktu mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.
Sentiasa mendoakan mereka.
Sentiasa membantu mereka dengan sebaiknya.
Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa & menyambung silaturahim dengan rakan-rakan mereka
Tanggungjawab pekerja
Mengikut arahan ketua
Bekerja mengikut prosedur yang ditetapkan
Melaksanakan tugasan dengan sempurna
Bekerja dengan penuh integriti
Antara Nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya dalam Surah Al-Luqman, Ayat 12-19
Mengesakan Allah SWT.
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan menghargai kedua-dua ibu bapa.
Setiap perbuatan (baik atau jahat) akan diberi balasan oleh Allah SWT.
Dirikan solat.
Laksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Bersabar atas segala maksiat.
Menjauhi sikap sombong.
Elokkan percakapan.
Pengajaran Hadis
Kita hendaklah sentiasa bersikap amanah dalam pekerjaan supaya rezeki diberkati.
Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa semasa mereka hidup atau meninggal dunia kerana jasa mereka tidak terbalas.