kerajaan khulafa ar rasyidin Flashcards
pusat pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin
madinah
ciri kepimpinan khalifah abu bakar as siddiq
- Tegas
Tegas dalam memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. - Berpandangan jauh
Mengarahkan Zaid bin Tsabit mengetuai usaha menghimpunkan tulisan ayat al-Quran yang terdapat pada kepingan-kepingan batu, tulang, pelepah tamar dan kulit haiwan kerana ramai penghafaz al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah. - Mengamalkan syura
Mengambil kira pandangan para sahabat dalam menentukan strategi peperangan menentang tentera Rom.
Mengggunakan strategi pembahagian empat pasukan tentera sehingga berjaya menawan negeri Syam. - Setia dengan arahan Rasulullah SAW
Meneruskan tindakan Rasulullah untuk menghantar Usamah bin Zaid sebagai panglima angkatan tentera Islam kepada kerajaan Ghassan kerana telah membunuh utusan Rasulullah.
ciri kepimpinan khalifah umar bin al khattab
- Tegas
Menggantikan kepimpinan Khalid al-Walid sebagai panglima angkatan tentera Islam dengan Abu Ubaidah al-Jarrah semasa Perang Yamamah. - Befikiran terbuka
Bersedia ditegur Rasulullah.
Menerima pendapat daripada sahabatnya Abu Bakar as-Siddiq tentang pembebasan tawanan Perang Badar kerana menghormati keputusan mesyuarat. - Adil
Memastikan kebajikan rakyat terpelihara dengan meninjau sendiri keadaan rakyatnya termasuk menyamar sebagai rakyat biasa. - Cekap
Menubuhkan Majlis Syura, beberapa jabatan baharu (Dewan) serta mengemaskini Baitul Mal bagi melicinkan pentadbiran negara.
ciri kepimpinan uthman bin affan
- Berpandangan jauh
Menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit menggunakan lahjah Arab Quraisy yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani. - Berfikiran terbuka
Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal.
Beliau juga telah membenarkan sahabat keluar dari Kota Madinah. - Prihatin
Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara.
Beliau juga membesarkan Masjid Nabawi untuk keperluan dan keselesaan umat Islam. - Inovatif
Menubuhkan Angkatan Tentera Laut Islam sehingga berjaya meluaskan empayar Islam khususnya di Syam dan Mesir.
ciri kepimpinan ali bin abi talib
- tegas
memecat beberapa gabenor yang dilantik oleh khalifah uthman seperti muawiyah dan abu musa untuk meredakan kemarahan puak pemberontak - berpandangan jauh
menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh khalifah uthman kerana keadaan negara yang masih huru hara dan dikuasai oleh puak pemberontak - berilmu
memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sbg hakim di yaman - berani
menyertai hampir ke semua perang sprti perang badar dan perang khaibar
sanggup menerima jawatan khalifah walaupun mengetahui bebanan yang bakal dihadapi
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi agama
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
Berjaya memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Menyebarkan dakwah Islam sehingga tersebar di wilayah Mesir, Parsi dan Rom.
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi politik
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
Pembukaan wilayah baharu Islam di sebahagian wilayah Iraq dan Syam.
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Menubuhkan Majlis Syura, jabatan tentera, jabatan polis, jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara.
Khalifah Uthman Bin Affan:
Berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan pulau Cyprus.
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi ekonomi
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti cukai jizyah dan kharaj.
Mengemas kini institusi Baitul Mal dan meneroka tanah baharu untuk memperbanyak hasil pertanian.
Khalifah Ali Bin Abi Thalib:
Meneruskan kutipan jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi.
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi sosial
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Memperkenal undang-undang pentadbiran tanah untuk menghormati hak sosial dan menjaga kebajikan rakyat.
Membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian.
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi ketenteraan
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Meneruskan pembebasan negeri di wilayah Iraq.
Membuka Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir.
Khalifah Uthman Bin Affan:
Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi tujuan keselamatan dan peluasan kuasa.
pencapaian pemerintahan kerajaan khulafa arrasyidin dari segi pendidikan
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq:
Mengumpul dan menulis semula naskhah al-Quran susulan 70 orang penghafaz al-Quran syahid dalam peperangan Yamamah.
Khalifah Umar Bin Al-Khatab:
Menubuhkan sekolah, iaitu Al-Kitab yang dikhususkan untuk kanak-kanak.
Khalifah Uthman Bin Affan:
Menyelaraskan bacaan (Qiraat) dan penuls mashaf al-Quran yang menggunakan bahasa Quraisy dengan nama mashaf Uthmani.
iktibar pemerintahan khulafa arrasyidin
Kita hendaklah menggiatkan usaha dakwah agar kebenaran Islam dapat disebarkan.
Kita hendaklah menyumbang kepakaran untuk pembangunan dan kemajuan negara.