kerajaan abbasiyah Flashcards

1
Q

sejarah kerajaan abbasiyyah

A

Asal Penubuhan
Bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-Abbas Bin Abdul Mutalib.

Pengasas
Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah.

Tempoh Memerintah
Selama 524 tahun, iaitu bermula dari tahun 132 Hijrah hingga tahun 656 Hijrah.

Keluasan Kerajaan
Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.

Bilangan Khalifah
37 orang Khalifah

Khalifah yang Terkenal
Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah.
Abi Jaafar Abdullah Muhammad Bin Ali Al-Mansur.
Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi Bin Al-Mansur Al-Abasi.
Al-Ma’mun Bin Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahadi.

Khalifah Terawal
Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah.

Khalifah Terakhir
Abu Ismail Muhammad Al-Musta’sim Bin Harun Ar-Rasyid.

Pusat Pemerintahan
Baghdad, Iraq.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

sumbangan abu al abbas abdullah

A

khalifah pertama

Mengasaskan kerajaan Abasiyyah.

Mengembalikan keamanan dengan mematahkan serangan luar dari Parsi dan Byzantin.

Menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan Syi’ah dan Khawarij.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

sumbangan abu jaafar abdullah b muhammad

A

Khalifah kedua

Memindahkan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad.

Menaik taraf sistem cukai.

Membina sistem pengairan dan saliran.

Membina hospital di Baghdad.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

sumbangan harun ar rasyid

A

Khalifah kelima

Memperkemaskan sistem percukaian Islam berpandukan Kitab Al-Kharaj.

Mewujudkan jawatan ketua hakim negara قَاضِي القُضَاة (Qadhi al-Qudhat).

Membina Baitul Hikmah.

Membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

sumbangan abu jaafar abdullah al ma’mun b harun ar rasyid

A

Khalifah ketujuh

Mempergiat usaha penterjemahan karya daripada bahasa asing seperti Yunani dan Rom ke dalam bahasa Arab.

Menjadikan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.

Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu.

Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi agama

A

Semangat jihad yang tinggi dalam menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu bahasa, sains, kejuruteraan dan perubatan berjaya memartabatkan tamadun Islam.

Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah sebagai pusat pengajian ilmu Islam dan penyebaran dakwah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi politik

A

Kebijaksanaan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur menjadikan Baghdad sebagai pusat pentadbiran negara.

Kestabilan poitik kerajaan Abasiyyah mendorong khalifah memajukan negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi ekonomi

A

Kedudukan Baghdad di tengah-tengah laluan perdagangan dari timur dan barat menjadikannya sebagai pusat tumpuan aktiviti perdagangan.

Sumber dan pengurusan Baitulmal yang sistematik menyebabkan kerajaan dapat menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan untuk rakyat.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi sosial

A

Layanan yang adil daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan.

Kebebasan mengamalkan agama mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi ketenteraan

A

Strategi peperangan yang mantap seperti strategi Al-Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh.

Inovasi peralatan peperangan yang moden dan canggih ketika itu seperti Manjanik, Dabbabah dan Barud.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

faktor kegemilangan kerajaan abbasiyah dari segi pendidikan

A

Galakan khalifah seperti Al-Ma’mun dengan memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Kemudahan institusi pendidikan seperti masjid, istana khalifah, perpustakaan dan pusat pengajian yang berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah dari segi politik

A

Campur tangan pegawai Parsi dan Turki dalam pemerintahan.

Perebutan kuasa antara khalifah seperti Al-Muntasir dan Al-Mu’tazir menyebabkan institusi khalifah menjadi semakin lemah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah dari segi sosial

A

Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentadbiran khalifah.

Pemberontakan dalam kalangan puak Syi’ah dan Khawarij sehingga mengganggu ketenteraman awam.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah dari segi ekonomi

A

Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku menyebabkan pedagang luar tidak datang ke Baghdad dan menyebabkan dana Baitulmal merosot.

Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah kewangan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

faktor kemerosotan kerajaan abbasiyah dari segi ketenteraan

A

Pertahanan ketenteraan yang lemah memudahkan serangan daripada pihak musuh seperti Georgia dan Armenia.

Serangan daripada Monggol (Hulagu Khan) telah meruntuhkan kekuatan kerajaan Abasiyyah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

iktibar daripada pemerintahan kerajaan abbasiyyah

A

Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa untuk menerajui kepimpinan supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.

Kita hendaklah memperbanyakkan penerokaan ilmu agar kegemilangan tamadun Islam terus terjamin.