7 golongan yang mendapat naungan allah swt Flashcards
7 golongan yang mendapat naungan allah swt
Pemimpin yang adil
Pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada allah swt
Seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid
Dua orang yang saling mengasihi kerana allah swt, bertemu dan berpisah kerana allah swt
Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada allah swt
Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya
maksud naungan
mendapat perlindungan daripada kepanasan cahaya matahari di padang mahsyar
Pemimpin yang adil
Maksud:
Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dibawah pemimpin berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis.
Contoh:
Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.
Mencegah kemungkaran daripada berleluasa.
Pemuda yang Hidupnya Taat Beribadah kepada Allah SWT
Maksud:
Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah sama ada ibadah wajib atau sunat.
Contoh:
Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadah puasa dengan sempurna.
Melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan berzikir.
Seseorang yang Hatinya Sentiasa Mencintai Masjid
Maksud:
Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan.
Contoh:
Menunaikan solat fardhu secara berjemaah.
Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu dan program sukan dan riadah.
Dua Orang yang Saling Mengasihi kerana Allah SWT, Bertemu & Berpisah kerana Allah SWT
Maksud:
Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Contoh:
Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah.
Persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal.
Seseorang yang Membenci Perbuatan Maksiat kerana Takut kepada Allah SWT
Maksud:
Seseorang yang membenci dan menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan dan hati.
Contoh:
Menjauhi perbuatan mencuri.
Menghindari pergaulan bebas tanpa batas.
Seseorang yang Menyembunyikan Sedekahnya
Maksud:
Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia.
Contoh:
Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking).
Mewaqafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid.
Seseorang yang Mengingati Allah SWT sehingga Menitiskan Air Matanya
Maksud:
Seseorang yang mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya.
Contoh:
Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah sehinga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan.
Pengajaran Hadis
Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar selamat daripada kemurkaan Allah SWT.
Kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid agar syiar Islam dapat ditegakkan