kerajaan umaiyah Flashcards

1
Q

sejarah kerajaan umaiyah

A

Asal Penubuhan
Bersempena nama Umayyah Bin Abdul Syams BIn Abdul Manaf, iaitu salah seorang daripada pemimpin keturunan Quraisy.

Pengasas
Muawiyah Bin Abi Sufian.

Tempoh Memerintah
Tahun 41 Hijrah hingga 132 Hijrah.

Keluasan Kerajaan
Meliputi sebahagian besar benua Afrika, Asia dan Eropah.

Bilangan Khalifah
14 orang khalifah.

Khalifah yang Terkenal
Muawiyah Bin Abi Sufian
Abdul Malik Bin Marwan
Al-Walid Bin Abdul Malik
Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Terawal
Muawiyah Bin Abi Sufian.

Khalifah Terakhir
Marwan Bin Muhammad.

Pusat Pemerintahan
Damsyik, Syria.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

sumbangan muawiyah b abi sufian

A

Menjadikan Damsyik dan Mesir sebagai pusat pemerintahan Islam yang terkenal.

Mewujudkan perkhidmatan pos berkuda (Diwan al-Barid).

Memperkenalkan cap mohor rasmi kerajaan Umayyah (Diwan al-Khatim).

Memperkasakan armada laut.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

sumbangan abdul malik b marwan

A

khalifah kelima

Menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara.

Mencetak mata wang dinar Islam pertama bertulisan Arab dan berteks al-Quran.

Menaik taraf perkhidmatan pos dan sistem pengangkutan awam.

Menubuhkan Dewan Al Jundi untuk mengurus pertahanan negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

sumbangan al walid b abdul malik

A

khalifah keenam

Memperbanyak dan mencantikkan seni bina Masjid Nabawi.

Membina banyak masjid baharu seperti Masjid Umawi di Damsyik yang bercirikan seni bina Islam.

Memberikan perhatian kepada rakyat yang berkeperluan khas seperti golongan warga emas dan orang buta dengan menubuhkan jabatan khas.

Menggalakkan pembinaan bangunan baharu bercirikan seni bina Islam.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

sumbangan umar b abdul aziz

A

khalifah kelapan

Mengecualikan bayaran cukai jizyah terhadap kafir zimmi sehingga ramai yang memeluk Islam.

Membina rumah (transit) untuk para pedagang.

Menaik taraf infrastruktur untuk kemudahan rakyat seperti hospital, jambatan, perigi, jalan raya dan sistem pengangkutan awam.

Mengasaskan dewan penasihat yang dianggotai oleh para ulama’ untuk memberikan nasihat kepada khalifah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi agama

A

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menyemarakkan aktiviti keilmuan seperti penghayatan Al-Quran dan pembukuan hadis.

Khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik telah menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Nabawi untuk merancakkan aktiviti keamanan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi politik

A

Pemilihan Damsyik yang strategik sebagai pusat pemerintahan oleh Khalifah Muawiyah Bin Abi Sufian telah berjaya mengukuhkan pentadbiran negara.

Pelantikan gabenor yang berwibawa berjaya menghapuskan pemberontakan oleh puak Khawarij dan Syi’ah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi ekonomi

A

Pengurusan Baitul Mal yang cekap sehingga hasil pendapatan negara melebihi keperluan contohnya pada zaman Khalifah Al-Walid Bin Abdul Malik.

Kerajaan berjaya memanfaatkan hasil daripada pertanian dan perdagangan untuk membangunkan negara.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi sosial

A

Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan penyediaan kemudahan asas seperti masjid, jalan raya dan hospital.

Hubungan erat antara pemimpin dan rakyat mewujudkan suasana perpaduan dan harmoni dalam masyarakat.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi ketenteraan

A

Pasukan angkatan tentera yang berdisiplin dan bersemangat jihad dalam mempertahankan agama dan negara.

Kemudahan pangkalan tentera dan kapal perang yang dilengkapi dengan peralatan perang yang canggih.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

faktor kegemilangan kerajaan umaiyah dari segi pendidikan

A

Menjadikan masjid dan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Galakan daripada Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dan Umar Bin Abdul Aziz agar rakyat menguasai pelbagai ilmu naqli seperti al-Quran, tafsir, hadis dan nahu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

faktor kemerosotan kerajaan umaiyah dari segi politik

A

Sistem lantikan khalifah secara monarki menimbulkan perebutan kuasa dan persaingan dalam kalangan anggota keluarga.

Pemberontakan oleh puak Syi’ah dan Khawarij serta golongan yang tidak berpuas hati dengan penubuhan Kerajaan Umayyah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

faktor kemerosotan kerajaan umaiyah dari segi sosial

A

Sikap taasub antara kabilah Arab Utara dan Selatan sehingga mencetuskan perpecahan dan gerakan sulit untuk menumbangkan kerajaan.

Sikap diskriminasi sebahagian khalifah terhadap golongan Mawali seperti bangsa Parsi dan Barbar dalam pemilihan jawatan gabenor.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

faktor kemerosotan kerajaan umaiyah dari segi akhlak

A

Khalifah mengamalkan cara hidup mewah dan boros dalam perbelanjaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

Keruntuhan moral dalam kalangan khalifah kerana cenderung kepada hiburan dan kekejaman.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

iktibar daripada pemerintahan kerajaan umaiyah

A

Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia yang ada pada khalifah Islam.

Kita hendaklah memiliki semangat jihad yang tinggi dalam memartabatkan kedaulatan negara.

Kita hendaklah berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada umat Islam.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

4 peringkat jihad

A

jihad memperbaiki diri

jihad melawan syaitan

jihad melawan kafir harbi dan munafik

jihad menghapuskan kezaliman dan kemungkaran