hindari dosa dosa besar Flashcards
7 dosa besar dalam hadis
Syirik kepada allah swt
Sihir
Membunuh
Makan riba’
Makan harta anak yatim
Lari dari medan perang
Menuduh perempuan yang suci berzina (qazaf)
Syirik kepada allah swt
Syirik ialah dosa paling besar.
Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik jali (nyata) dan syirik khafi (tersembunyi)
Syirik Jali
Maksud
Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al (perbuatan).
Contoh
Menyembah berhala.
Meyakini Isa AS sebagai anak Allah.
Meyakini alam dikuasai oleh selain Allah.
Kesan
Merosakkan akidah
Berdosa besar
Syirik khafi
Maksud
Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah SWT.
Contoh
Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia (ria’).
Berasa hebat dengan amalan sendiri (‘ujub).
Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan (takabbur).
Kesan
Dibenci masyarakat
Merosakkan pahala amalan.
Sihir
Maksud
Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin.
Contoh
Santau
Pukau
Minyak pengasih
Pelaris
Kesan
Mengakibatkan kesakitan tubuh badan.
Mencetuskan pergaduhan.
Memporak-perandakan rumah tangga.
Menyebabkan kematian.
Membunuh
Maksud
Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang.
Contoh
Menembak dengan senjata api.
Menikam dengan pisau.
Meletakkan racun dalam makanan atau minuman.
Kesan
Menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan.
Memporak-perandakan kehidupan masyarakat.
Makan riba’
Maksud
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang.
Contoh
Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratusan tertentu.
Kesan
Mengakibatkan penindasan.
Melumpuhkan ekonomi umat Islam.
Makan Harta Anak Yatim
Maksud
Menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak.
Contoh
Membelanjakan untuk kegunaan peribadi pemegang amanah secara berlebih-lebihan.
Menyalahgunakan harta anak yatim.
Kesan
Mengakibatkan penindasan.
Menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Lari dari Medan Peperangan
Maksud
Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh.
Contoh
Melarikan diri daripada pasukan sedang bertempur menghadapi serangan musuh.
Enggan mempertahankan negara apabila diarahkan.
Kesan
Keselamatan umat Islam dan negara akan terancam.
Negara terdedah kepada penjajahan dan campur tangan asing.
Menuduh Perempuan yang Beriman dan Suci Berzina (Qazaf)
Maksud
Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi.
Contoh
Percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti “Kamu telah berzina” atau memanggil seseorang wanita “Wahai penzina”.
Kesan
Menjatuhkan maruah.
Mencetuskan perbalahan.
Pengajaran Hadis
Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana boleh merosakkan akidah.
Kita hendaklah menghindar diri daripada membunuh kerana melanggar hak asasi manusia.