kerajaan uthmaniyah Flashcards
sejarah kerajaan uthmaniyah
Tempoh Pemerintahan
1299M-1924M.
Asal Nama Kerajaan
Bersempena nama Uthman bin Ertughrul, iaitu pengasas Kerajaan Uthmaniyyah.
Pusat Pemerintahan
Sogut (1299-1355) M
Bursa (1335-1363) M
Edirne (1363-1453) M
Istanbul (1453-1924) M
Pemerintah Pertama
Sultan Uthman bin Ertughrul.
Kawasan Pemerintahan
Meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika.
Bilangan Pemerintah
37 orang.
Antara Pemerintah yang Terkenal
Sultan Uthman bin Ertughrul
Sultan Murad I
Sultan Muhammad Al-Fatih
Sultan Sulaiman Al-Qanuni
Pemerintah Terakhir
Sultan Abdul Majid II
riwayat hidup uthman b ertughrul
Nama Penuh: Uthman bin Ertughrul
Tarikh Lahir: 656 H / 1258 M
Tarikh Mangkat: 726 H / 1326 M
Tempoh Pemerintahan: 27 tahun
Jawatan: Pemerintah pertama Kerajaan Uthmaniyyah
sumbangan uthman b ertughrul
Menyatukan Wilayah Anatolia selatan setelah ditinggalkan oleh Byzantine.
Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada Kerajaan Saljuk.
Mengasaskan Kerajaan Uthmaniyyah.
riwayat hidup murad I b orhan
Nama Penuh: Murad I bin Orhan
Tarikh Lahir: 726 H / 1325 M
Tarikh Mangkat: 791 H / 1388 M
Tempoh Pemerintahan: 30 tahun
Jawatan: Pemerintah ke-3 Kerajaan Uthmaniyyah
sumbangan murad I b orhan
Membentuk pasukan Janissary.
Memodenkan angkatan tentera laut.
Menjadikan Edirne sebagai ibu negara.
riwayat hidup al fateh b murad II
Nama Penuh: Muhammad Al-Fatih bin Murad II
Tarikh Lahir: 833 H / 1429 M
Tarikh Mangkat: 886 H / 1481 M
Tempoh Pemerintahan: 31 Tahun
Jawatan: Pemerintah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah
sumbangan al fateh b murad II
Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary.
Mewaqafkan Aya Sofia sebagai masjid dan membina Kompleks Al-Fatih.
riwayat hidup sulaiman al qanuni b salim I
Nama Penuh: Sulaiman Al-Qanuni bin Salim I
Tarikh Lahir: 900 H / 1494 M
Tarikh Mangkat: 974 H / 1566 M
Tempoh Pemerintahan: 48 tahun
Jawatan: Pemerintah ke-10 Kerajaan Uthmaniyyah
sumbangan sulaiman al qanuni b salim I
Membuka Algeria dan Tunisia.
Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai Kanunname.
Mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang merupakan sebuah kuasa besar.
faktor kegemilangan kerajaan uthmaniyah dari segi pentadbiran
Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim tertinggi.
Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran.
faktor kegemilangan kerajaan uthmaniyah dari segi keilmuan
Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan, pembangunan, falsafah, kesenian seni bina dan teknikal.
Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan.
faktor kegemilangan kerajaan uthmaniyah dari segi sosial
Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.
faktor kegemilangan kerajaan uthmaniyah dari segi ketenteraan
Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara.
Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan kelengkapan senjata.
faktor kemerosotan kerajaan uthmaniyah
Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat sehingga kalah dalam peperangan.
Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi.
Kelemahan sistem pendidikan menyebabkan kekurangan tenaga mahir untuk membangunkan negara.
Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan kuasa.
iktibar daripada pemerintahan kerajaan uthmaniyah
Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancar.
Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.