memahami keutamaan dalam tindakan (fiqhul awlawiyyat) Flashcards
Sebab turun ayat
Menurut Nukman Bin Basyir, terdapat beberapa orang sahabat berbincang tentang amalan yang mereka utamakan selepas pembukaan Mekah.
Terdapat sahabat yang akan menumpukan kepada memberikan minuman kepada orang yang menunaikan haji.
Terdapat juga sahabat yang akan menumpukan usaha kepada memakmurkan Masjidil Haram.
Selain itu, terdapat sahabat yang akan berjihad dijalan Allah.
Percakapan mereka ditegur oleh Saidina Umar RA kerana tidak sopan meninggikan suara disebelah mimbar Rasulullah SAW.
Kemudian, Saidina Umar RA mengadu hal ini kepada Rasulullah SAW dan turunlah ayat tersebut.
maksud fiqhul awlawiyyat
Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak
Prinsip asas dalam fiqhul awlawiyyat
Bersumberkan dalil syarak
Mengutamakan perkara yang diutamakan oleh syarak
Mengutamakan keperluan atau manfaat bersama berbanding dengan manfaat peribadi
Mengambil kira tahap keupayaan individu
Pelaksanaan Fekah Al-Awlawiyyat Dalam Kehidupan (Ilmu & Pemikiran)
Prinsip am
Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu & memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan.
Aplikasi:
Mengutamakan ilmu fardhu ‘ain berbanding ilmu fardhu kifayah, contohnya mengutamakan ilmu menunaikan solat yang betul berbanding dengan ilmu lain.
Mengutamakan ilmu fardhu kifayah yang menjadi keperluan semasa & pelengkap bagi umat Islam, contohnya mengutamakan mempelajari ilmu dalam bidang perubatan & kejuruteraan.
Pelaksanaan Fekah Al-Awlawiyyat Dalam Kehidupan (Amalan)
Prinsip am
Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang manfaat.
Aplikasi:
Mengutamakan amalan yang banyak manfaat kepada masyarakat berbanding amalan yang kurang manfaat mengikut keperluan & situasi, contohnya mengutamakan sedekah berbanding gotong-royong.
Mengutamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding ibadah sunat yang berbentuk peribadi, contohnya mengutamakan program berbentuk kebajikan masyarakat berbanding dengan memperbanyak amalan sunat untuk peribadi.
Pelaksanaan Fiqhul Awlawiyyat Dalam Kehidupan (Tuntutan syarak)
Prinsip am:
Mengutamakan perkara pokok berbanding dengan perkara cabang.
Aplikasi:
Mengutamakan amalan fardhu ‘ain berbanding amalan fardhu kifayah, contohnya mengutamakan pelaksanaan zakat yang wajib berbanding sedekah.
Mengutamakan amalan fardhu berbanding dengan amalan sunat, contohnya mengutamakan membantu ibu bapa berbanding beriktikaf.
Menguasai akidah berbanding dengan perkara syara’, contohnya mempelajari asas-asas akidah Islam terlebih dahulu sebelum memperhalus isu-isu fekah.
Kepentingan Fiqhul Al-Awlawiyyat terhadap Individu dan Masyarakat
Memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.
Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.
Mengamalkan semua tuntutan Islam mengikut susunan yang tepat.
Pengajaran Ayat
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan hari akhirat kerana keimanan ialah kunci penerimaan segala ibadah.
Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana kebaikan itu akan diberi ganjaran pada hari akhirat.