perkahwinan Flashcards
Maksud Perkahwinan
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dengan perempuan menurut hukum syarak.
Hukum Berkahwin
Wajib
Bimbang akan terjerumus dalam kemaksiatan sekiranya tidak kahwin dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin.
Sunat
Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyediakan nafkah zahir dan batin.
Harus
Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin.
Haram
Bertujuan untuk menzalimi atau memudaratkan pasangan.
Makruh
Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangannya seperti menghidap mati pucuk atau berpenyakit.
Hikmah Perkahwinan
Memelihara keturunan yang baik untuk generasi akan datang.
Mewujudkan ketenangan jiwa melalui hubungan cinta yang halal.
Rukun rukun nikah
Bakal suami
Bakal isteri
Wali
Dua orang saksi
Lafaz akad nikah (sighah)
Golongan Wanita yang Haram Dikahwini
Keturunan (Haram Selamanya)
Contoh:
Ibu.
Nenek dan keatas.
Anak perempuan.
Cucu perempuan.
Penyusuan (Haram Selamanya)
Contoh:
Ibu susuan.
Ibu bagi ibu susuan dan keatas.
Anak-anak ibu susuan.
Adik-beradik susuan.
Persemendaan (Haram Selamanya)
Contoh:
Ibu tiri dan ke atas.
Ibu mentua (nasab atau susuan).
Anak tiri apabila ibunya telah disetubuhi.
Menantu perempuan dan ke bawah.
Haram Sementara
Contoh:
Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa.
Perempuan yang masih isteri orang.
Perempuan musyrik sehingga dia masuk Islam.
Isteri yang telah ditalak tiga sebelum dia berkahwin kemudian bercerai dan habis tempoh iddah dengan suami baharu.
Maksud Suami
Lelaki yang dikahwini oleh seseorang perempuan.
Syarat Bakal Suami
Islam.
Lelaki yang telah dikenalpasti.
Tidak dalam keadaan ihram haji atau umrah.
Tidak mempunyai empat orang isteri dalam satu masa.
Maksud Isteri
Perempuan yang dikahwini oleh seseorang lelaki.
Syarat Bakal Isteri
Islam.
Perempuan yang telah dikenalpasti.
Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah.
Bukan isteri orang atau dalam iddah talak raj’i.
Maksud Wali
Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan.
Syarat Wali
Islam.
Lelaki.
Baligh.
Berakal.
Wali mujbir
Bapa.
Datuk sebelah bapa dan ke atas.
Wali Bukan Mujbir
Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
Adik-beradik lelaki sebapa.
Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki seibu sebapa.
Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa.
Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa.
Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa.
Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
Bapa saudara sebelah bapa sebapa.
Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa.
Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa sebapa.
Wali Hakim
Sebab-sebab Perpindahan Wali Nasab kepada Wali Hakim
Tidak mempunyai wali nasab.
Wali hilang dan tidak dapat dikesan.
Wali dalam ihram haji atau umrah.
Wali enggan mewalikan pernikahan.
Maksud Saksi
Orang yang menyaksikan dan boleh mengesahkan akad nikah
Syarat Saksi
Islam.
Lelaki.
Baligh.
Berakal.
Maksud akad nikah (sighah)
Ijab: Lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya
Contoh Ijab: “Aku nikahkan engkau dengan anak perempuanku…
Qabul: Lafaz yang diucapkan oleh bakal suami atau wakilnya
Contoh Qabul: “Aku terima nikahnya anak perempuanmu…”
Syarat Lafaz Akad Nikah (Sighah)
Lafaz ijab dan qabul hendaklah jelas dan bukan secara kiasan.
Ijab dan qabul hendaklah berturutan dan tidak diselangi dengan perkataan lain.
Ciri-ciri Pemilihan Calon Suami Isteri
Akhlak yang mulia.
Keturunan yang baik.
Sekufu (sama taraf dalam aspek agama dan kesolehan, pekerjaan, keturunan serta keilmuan).
Pasangan yang sihat.
Rupa paras yang baik.
Maksud Merisik
Proses sebelum meminang untuk mengenal pasti status bakal isteri.
Maksud Meminang
Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan calon isteri menurut uruf setempat
2 Cara Meminang
Secara Terus Terang: “Aku ingin mengahwini kamu”.
Secara Qias: “ Saya ingin memetik bunga di taman”.
Hukum melihat perempuan yang hendak dipinang
Sunat
Anggota yang harus dilihat semasa meminang
Muka & kedua tapak tangan.