pengurusan harta selepas kematian Flashcards
Maksud wasiat dan Hukum
Iqrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
Hukum Wasiat
Sunat.
Galakan berwasiat
Jabir Bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mati dalam keadaan berwasiat, maka dia telah mati di jalan Allah SWT dan sunnah (RasulNya), mati dalam keadaan taqwa dan syahid, serta mati dalam keadaan diampuni dosa.” (Riwayat Ibnu Majah)
Cara pengurusan wasiat
Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat
Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan pengurusan jenazah dan hutang si mati
Harta yang diwasiatkan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta
Rukun Wasiat
Pewasiat
Penerima Wasiat
Harta yang Diwasiatkan
Sighah (Ijab & Qabul)
Syarat Sah Wasiat (Pewasiat)
Berakal, tidak sah wasiat bagi orang gila.
Baligh, tidak sah wasiat bagi kanak-kanak.
Sukarela, tidak sah wasiat bagi orang yang dipaksa.
Merdeka, tidak sah wasiat bagi hamba.
Syarat Sah Wasiat (Penerima Wasiat)
Masih hidup, tidak sah wasiat kepada orang yang telah mati
.
Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta. Tidak sah wasiat kepada janin dalam kandungan yang belum dilahirkan.
Syarat Sah Wasiat (Harta yang Diwasiatkan)
Harta yang bernilai.
Harta yang boleh berpindah milik.
Harta yang harus dan bukan sesuatu yang haram.
Syarat Sah Wasiat (Sighah)
Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau qias.
Penerimaan wasiat berlaku setelah kematian pewasiat.
Pembahagian Harta Wasiat
Majoriti ulama’ berpendapat bagi orang yang meninggalkan anggota waris, kadarnya tidak lebih dari satu pertiga (1/3) harta.
Hikmah Pensyariatan Wasiat
Mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan walaupun selepas meninggal dunia.
Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat atau anggota waris yang tidak layak menerima harta pusaka.
Maksud Faraid dan Hukum
Pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak.
Hukum
Wajib
Rukun Faraid
Orang yang mewariskan harta
Waris
Harta Pusaka
Syarat Sah Faraid (Orang yang mewariskan harta)
Kematian telah disahkan.
Sekiranya kematian belum disahkan, pembahagian harta tidak dibenarkan.
Syarat Sah Faraid (Waris)
Waris masih hidup.
Mengetahui status hubungan dengan si mati.
Syarat Sah Faraid (Harta Pusaka)
Harta yang dimiliki oleh si mati.
Sekiranya harta pusaka tidak dimiliki oleh si mati, pembahagiannya tidak sah.
Jenis Waris
Ashabul Furudh
Asabah
Maksud ashabul furudh
Waris yang menerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
Maksud Asabah
Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada Ashabul Furudh
Jenis Asabah
- Asabah Binnafsi
Anggota waris yang terdiri daripada kaum lelaki iaitu:
Bapa
Datuk
Anak lelaki
Cucu lelaki dari anak lelaki
- Asabah Bilghair
Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki iaitu:
Anak perempuan dengan anak lelaki
Cucu perempuan dengan cucu lelaki
- Asabah Maalghair
Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris permpuan yang lain iaitu:
Saudara perempuan kandung.
Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan.
Pembahagian Harta Pusaka (Bapa)
1/6: Sekiranya mempunyai anak lelaki.
1/6 + Asobah: Sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja.
Asabah: Sekiranya tiada anak.
Pembahagian Harta Pusaka (Ibu)
1/3: Sekiranya tiada anak atau terdapat hanya seorang saudara lelaki atau perempuan.
1/6: Sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada 2 orang saudara lelaki atau perempuan.
1/3: Daripada baki sekiranya hanya mempunyai ibu, ayah, suami atau isteri.
Pembahagian Harta Pusaka (Suami)
1/2: Sekiranya tiada anak.
1/4: Sekiranya mempunyai anak.
Pembahagian Harta Pusaka (Isteri)
1/4: Sekiranya tiada anak.
1/8: Sekiranya mempunyai anak.
Pembahagian Harta Pusaka (Anak Perempuan)
1/2: Sekiranya anak tunggal perempuan.
2/3: Sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan.
‘Asabah Bilghair sekiranya mempunyai anak lelaki.