Mod 1 - Unit 8 - Lesson 4 Repetition Flashcards
Hobi atau kegemaran merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu lapang.
A hobby or passion is an activity done during spare time.
Hobi atau kegemaran merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu tidak sibuk.
A hobby or passion is an activity done during not busy/hectic time.
Hobi atau kegemaran merupakan aktiviti yang dilakukan pada waktu senggang.
A hobby or passion is an activity done during spare time.
Hobi atau kegemaran merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
A hobby or passion is an activity done during leisure time.
Hobi saya membaca buku.
My hobby is reading books.
Hobi saya memasak.
My hobby is cooking.
Hobi saya melukis.
My hobby is drawing.
Hobi saya menyanyi.
My hobby is singing.
Hobi saya memancing.
My hobby is fishing.
Hobi saya menari.
My hobby is dancing.
Hobi saya menghias rumah.
My hobby is decorating houses.
Hobi saya menonton perlawanan bola sepak.
My hobby is watching soccer.
Kegemaran saya berjoging.
My hobby is jogging.
Kegemaran saya berenang.
My hobby is swimming.
Kegemaran saya berkhemah.
My hobby is camping.
Kegemaran saya berbasikal.
My hobby is cycling.
Kegemaran saya bermain gitar.
My hobby is playing the guitar.
Kegemaran saya bermain bola sepak ala Australia.
My hobby is playing Australian League Football.
Kegemaran saya bersukan.
My hobby is playing sports.
Kegemaran saya berkebun.
My hobby is gardening.
Saya membaca buku pada masa lapang atau pada hujung minggu.
I read books during my spare time or on weekends.
Saya membaca buku pada masa lapang atau selepas kerja.
I read books during my spare time or after work.
Saya membaca buku pada masa lapang atau waktu malam.
I read books during my spare time or at night.
Saya membaca buku pada masa lapang atau waktu rehat.
I read books during my spare or rest time.
Saya membaca buku pada masa lapang atau semasa cuti.
I read books during my spare time or holidays.
Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan.
I always borrow books from the library.
Saya selalu meminjam buku dari perpustakaan awam.
I always borrow books from the public library.
Saya selalu meminjam buku dari pusat sumber.
I always borrow books from the resource centre.
Saya selalu meminjam buku daripada kawan-kawan.
I always borrow books from friends.
Saya selalu meminjam buku daripada rakan sepejabat.
I always borrow books from colleagues.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan lain-lain jenis buku.
I like books on reference, history, novels and others.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan bukan fiksyen.
I like books on reference, history, novels and non-fiction.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan biografi orang ternama.
I like books on reference, history, novels and biographies of well-known personalities.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan motivasi.
I like books on reference, history, novels and motivation.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan novel.
I like books on reference, history, fiction and novels.
Saya suka meminjam buku-buku rujukan, sejarah, cerita dan ensiklopedia.
I like books on reference, history, novels and encyclopedias.
Kadang-kadang saya membeli buku dari kedai buku.
Sometimes I buy books from the bookshop.
Kadang-kadang saya membeli buku dari kedai buku terpakai.
Sometimes I buy books from the second-hand bookshop.
Kadang-kadang saya membeli buku dari ekspo buku.
Sometimes I buy books from book expos.
Kadang-kadang saya membeli buku dari internet.
Sometimes I buy books from the internet.
Kadang-kadang saya membeli buku daripada rakan-rakan.
Sometimes I buy books from friends.
Ibu bapa saya juga selalu menghadiahkan buku kepada saya semasa saya kecil.
My parents also always gave me books when I was a child.
Ibu bapa saya juga selalu menghadiahkan buku kepada saya pada hari jadi saya.
My parents also always gave me books on my birthday.
Ibu bapa saya juga selalu menghadiahkan buku kepada saya semasa menziarahi saya.
My parents also always gave me books when they visited me.
Ibu bapa saya juga selalu menghadiahkan buku kepada saya.
My parents also always gave me books.
Saya banyak mendapat faedah daripada membaca.
I benefited a lot from reading.
Saya banyak mendapat manfaat daripada membaca.
I gained a lot from reading.
Saya banyak mendapat kebaikan daripada membaca.
I got a lot of benefits/advantages from reading.
Membaca menambah ilmu pengetahuan dan membantu menajamkan minda saya.
Reading has increased my knowledge and sharpened my mind.
Membaca menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan saya.
Reading has increased my knowledge and broadened my outlook.
Membaca menambah ilmu pengetahuan dan kosa kata.
Reading has increased my knowledge and vocabulary.
Membaca menambah ilmu pengetahuan dan penggunaan istilah-istilah.
Reading has increased my knowledge and use of terminology.
Amalan membaca juga dapat memperbaik bahasa saya.
The habit of reading has also improved my language proficiency.
Amalan membaca juga dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.
The habit of reading has also filled my spare time beneficially.
Amalan membaca juga dapat menghilangkan rasa bosan.
The habit of reading has also helped eradicate my boredom.
Amalan membaca juga tidak menelan banyak perbelanjaan.
The habit of reading has also not incurred a lot of expenses.
Amalan membaca juga dapat menghibur hati.
The habit of reading has also kept me entertained.
Amalan membaca juga dapat membantu saya memahami budaya orang lain.
The habit of reading has also helped me understand other people’s cultures.
Saya gembira mempunyai kegemaran membaca kerana banyak membawa manfaat.
I am happy to have reading as a hobby as it has brought me a lot of benefits.
Saya akan mengamalkan hobi ini untuk selama-lamanya.
I will practice this hobby forever.
Saya akan kekal mengamalkan hobi ini.
I will maintain this hobby.
Saya akan mengamalkan hobi ini bersama keluarga saya.
I will practise this hobby with my family.
Saya akan mengamalkan hobi ini selagi ada hayat.
I will practise this hobby as long as I am alive.
Saya akan mengamalkan hobi ini untuk sepanjang hayat.
I will practise this hobby for a lifetime.