Mod 1 - Unit 4 - Lesson 8 Dialogue 1 Flashcards
Helo, Kapten Hamidah.
Hello, Hamidah.
Hai, Major Smith.
Hi Major Smith.
Mereka anak Kapten Hamidah?
Are they your children?
Ya, mereka anak saya.
Yes, they are my children.
Kapten Hamidah ada berapa orang anak?
How many children do you have?
Tiga. Dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Yang ini anak sulung saya, Mazlan dan ini anak kedua, Mokhtar. Anak perempuan saya ada di rumah.
Three. Two sons and a daughter. This is my oldest, Mazlan, and this is my second child, Mokhtar. My daughter is at home.
Berapa umur anak-anak Kapten Hamidah?
How old are your children?
Anak sulung saya umurnya 15 tahun, anak kedua 13 tahun dan anak bongsu saya 10 tahun. Minggu depan hari jadi Mazlan. (Pointing to the eldest son.)
My oldest is 15, second is 13, and the youngest is 10 years old. Next week is Mazlan’s birthday. (Pointing to the oldest son.)
Bila hari jadi Mazlan?
When is Mazlan’s birthday?
Hari Khamis, 20 haribulan November.
Thursday, 20th November.
Selamat hari jadi, Dik.
Happy birthday, Mazlan.
Terima kasih. Major Smith sudah berumahtangga?
Thanks. Are you married, Major Smith?
Belum lagi tapi saya ada seorang teman wanita.
Not yet, but I have a girlfriend.
Major Smith tinggal bersama orang tua Major Smith?
Do you live with your parents?
Ya, saya tinggal dengan ibu bapa saya sebelum saya datang ke Malaysia.
Yes. I lived with my parents before coming to Malaysia.