Mod 1 - Unit 4 - Lesson 18 Text 2 Flashcards
Saya mempunyai keluarga yang bahagia.
I have a happy family.
Saya merupakan anak ketiga daripada enam orang adik-beradik.
I am the third child out of six siblings.
Saya mempunyai seorang abang, seorang kakak, dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.
I have one older brother, one older sister, two younger sisters, and one younger brother.
Saya sudah bertunang dan tunang saya bernama Ruslina.
I am already engaged, and my fiancée is named Ruslina.
Bapa dan ibu saya sudah tiga puluh tahun mendirikan rumah tangga.
My father and mother have been married for thirty years.
Selain enam orang anak, ibu bapa saya mempunyai dua orang menantu dan dua orang cucu.
Besides having six children, my parents have two children-in-law and two grandchildren.
Abang sulung saya sudah berkeluarga.
My eldest brother already has a family.
Beliau dan isterinya mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun.
He and his wife have a 4-year-old son.
Kakak ipar saya sangat sayang akan anak saudara saya.
My sister-in-law loves my nephew very much.
Kakak sulung saya juga sudah mendirikan rumah tangga.
My eldest sister is also already married.
Beliau dan suaminya baharu sahaja mendapat cahaya mata.
She and her husband have just had a newborn.
Ibu bapa saya sudah bersara dan sudah bergelar datuk dan nenek.
My parents are already retired and have already been called grandfather and grandmother.
Setiap hari Sabtu mereka akan pergi ke rumah kakak dan abang saya untuk menziarahi cucu-cucu mereka di samping berjumpa besan mereka yang juga ke sana pada hujung minggu.
Every Saturday, they will go to my sister’s and brother’s house to visit their grandchildren while also meeting their in-laws, who also go there on the weekend.
Ketiga-tiga orang adik saya masih bersekolah.
All three of my younger siblings are still in school.
Kami amat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi kami dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.
We are very grateful and fortunate to have parents who love us and raised us with full affection.