Mod 1 - Unit 16 - Lesson 9 Dialogue 5 Meminta Nasihat Flashcards
Helo, Hamidah. Boleh saya minta nasihat daripada puan?
Hello Hamidah. Can I ask for your advice?
Sudah tentu. Apa yang boleh saya bantu?
Of course. How can I help you?
Saya merancang untuk membawa isteri saya makan malam di restoran untuk menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang ke-20. Puan ada cadangan?
I plan to bring my wife for dinner at a restaurant to celebrate our 20th Wedding Anniversary. Do you have any suggestions?
Tahniah, tuan! Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-20. Bila tuan?
Congratulations sir! Happy 20th Wedding Anniversary. When is that?
Hari Sabtu ini.
This Saturday.
Bagaimana kalau tuan menginap di Hotel Hyatt dan menempah meja di Restoran Thirty-8? Perkhidmatan Hotel Hyatt sangat baik dan pemandangan dari bilik hotel sangat cantik. Pemandangan Restoran Thirty -8 dari tingkat 38 juga sangat cantik, suasana romantik dan makanannya pula sangat istimewa dan sedap.
How about if you check into Hyatt Hotel and book a table at Thirty-8 Restaurant? The service at Hyatt Hotel is excellent and the view from the hotel room is very beautiful. The view from Thirty-8 Restaurant on the 38th floor is very beautiful, the ambience is romantic and the food is exotic and tasty.
Bagus cadangan puan. Saya akan menempah bilik dan meja di Hotel Hyatt selepas ini. Puan boleh mengesyorkan di mana saya boleh membeli hadiah yang sesuai untuk isteri saya?
Your suggestion sounds good. I will book a room and table at Hyatt Hotel after this. Could you recommend where I could buy an appropriate gift for my wife?
Tuan boleh membeli di Pusat Membeli-belah Pavillion, di Suria KLCC atau pun di the Gardens, Mid Valley. Jangan lupa malam Khamis ini kita ada Jamuan Perpisahan untuk Mejar Mahadi di Restoran Chef Ismail.
You can purchase it at the Pavilion Shopping Centre, Suria KLCC or at the Gardens, Mid-Valley. Don’t forget this Thursday night we have a farewell reception for Mejar Mahadi at Chef Ismail Restaurant.
Baik. Saya merancang hendak membeli barang kemas untuk isteri saya. Terima kasih atas maklumat dan peringatan tentang Jamuan Perpisahan untuk Mejar Mahadi yang akan berkursus di Maktab Turus di Pakistan. Pakaian apa yang sesuai untuk saya dan isteri ke jamuan ini?
Ok. I plan to buy a piece of jewellery for my wife. Thanks for the information and reminder with regards to the farewell reception for Mejar Mahadi who will be attending Staff College Course in Pakistan. What is the appropriate outfit for my wife and I for the dinner?
Tuan boleh memakai baju batik dan isteri tuan boleh memakai baju kurung atau yang bersesuaian.
You can wear a batik shirt and your wife can wear a ‘baju kurung’ or anything suitable for the occasion.
Apa yang perlu saya tulis pada kad cenderamata?
What should I write on the card for the souvenir?
Tuan boleh menulis “Selamat berkursus di Pakistan. Semoga Persahabatan kita berkekalan.”
You can write ‘Enjoy the course in Pakistan and hope our friendship is forever’.
Terima kasih. Minggu hadapan saya juga ada jemputan ke rumah Mejar Fadzil untuk kenduri kesyukuran anak sulung yang genap 40 hari dilahirkan. Apa yang perlu saya tulis pada kad ucapan?
Thanks. Next week I also have an invitation to Mejar Fadzil’s house for a thanksgiving feast for his eldest child who will be exactly 40 days old. What should I write on the greeting card?
Tuan boleh menulis “Tahniah kerana menimang cahaya mata. Semoga baby sihat selalu”.
You can write ‘Congratulations for your cuddly newborn. Hope your baby is always healthy’.
Terima kasih banyak atas nasihat.
Thanks a lot for your advice.
Sama-sama. Saya gembira dapat berkongsi maklumat.
No worries. I am happy to share the information.
Oh, ya. Saya hampir terlupa! Selamat Hari Lahir, Puan. Semoga panjang umur dan gembira selalu. Ini ada hadiah daripada saya dan isteri.
Oh, yes. I almost forgot! Happy Birthday. Hope you have a long life and happiness always. This is a gift from my wife and I.
Terima kasih banyak. Saya tidak buat majlis. Cuma sambut dengan suami dan anak-anak sahaja.
Thanks a lot. I am not having a party. Just celebrating with my husband and children.
Saya minta diri dulu, nak ke Majlis perasmian bangunan baru SMK Ulu Tiram. Kita sambung esok.
Excuse me first. I have to attend the opening ceremony of the new building at the Ulu Tiram National Secondary School (SMK). We will talk tomorrow.
Baik. Sampaikan salam tahniah kepada Pengetua SMK Ulu Tiram.
Ok. Convey my congratulations to the Principal of the Ulu Tiram National Secondary School (SMK).
Baik.
Ok.