Mod 1 - Unit 16 - Lesson 8 Role-play Flashcards
Adakah awak ada rancangan hujung minggu ini?
Do you have any plans this weekend?
Tak ada sangat. Kenapa?
Not really. Why?
Saya ingin menjemput awak ke rumah saya untuk majlis hari jadi saya.
I would like to invite you to my house for my birthday party.
Bila hari jadi awak?
When is your birthday?
Hari ini.
Today.
Selamat hari jadi! Semoga panjang umur.
Happy Birthday! May you have a long life.
Bila majlisnya?
When is the party?
Terima kasih. Majlis akan diadakan pada hari Sabtu ini, bermula pukul 4 petang.
Thank you. The party will be this Saturday, starting at 4 p.m.
Terima kasih kerana menjemput saya. Saya akan datang.
Thank you for inviting me. I will be there.
Awak lapang tak esok malam?
Are you free tomorrow night?
Hmm… saya tak lapang esok malam.
Hmm… I’m not free tomorrow night.
Kenapa?
Why?
Saya nak jemput awak ke majlis makan malam perpisahan untuk Kapten Shamsul. Dia akan meninggalkan kita Ahad ini.
I was thinking of inviting you to the farewell dinner for Captain Shamsul. He is leaving us this Sunday.
Maaf sangat, saya tak dapat hadir ke majlis perpisahan, tapi tolong sampaikan salam dan ucapan selamat tinggal saya kepada dia. Saya ucapkan ‘Selamat jalan dan semoga persahabatan kita kekal selamanya’.
I’m so sorry, I cannot attend the farewell dinner, but please pass on my regards and my farewell message to him. I wish him a ‘Safe journey and may our friendship last forever’.
Saya akan sampaikan mesej awak. Jangan risau. Saya faham. Kenapa awak tak dapat hadir?
I shall pass on your message. Don’t worry. I understand. Why can’t you attend?
Nenek jiran saya telah meninggal dunia.
My neighbour’s grandmother passed away.
Saya sangat sedih mendengar tentang pemergian neneknya. Tolong sampaikan ucapan takziah saya kepada dia.
I am so sorry to hear of his grandmother’s passing. Please pass on my condolences to him.
Jangan lupa majlis kahwin Kapten Julia Sabtu depan.
Don’t forget Captain Julia’s wedding next Saturday.
Oh, saya hampir terlupa. Saya akan pergi ke majlis kenaikan pangkat bos saya. Saya akan singgah ke rumah dia untuk ucap tahniah dan hantar hadiah kita.
Oh, I almost forgot to tell you. I will be attending my boss’s promotion ceremony. I will drop by her place to congratulate her and deliver our gift.
Maaf, saya tak dapat sertai awak.
My apologies, I cannot join you.
Tak mengapa.
That’s all right.