8. Dialogue 1 Flashcards
Hai, Saraswati! Apa rancangan Saraswati untuk hujung minggu ini?
Hi, Saraswati! What are you planning to do this weekend?
Hai, Daniel. Saya nak pergi memancing. Eh, ada apa-apa ke Daniel ke sini?
Hi Daniel! I’m planning to go fishing. What brings you here today?
Oh, tak ada apa-apa. Saja nak sembang tentang hobi Saraswati. Apa Saraswati suka buat pada masa lapang?
Nothing. I just want to chat about your hobbies. What do you like to do in your spare time?
Saya suka bersukan pada masa lapang saya. Sukan luar.
In my spare time I like to play outdoor sport.
Sukan jenis apa?
What type of sport?
Bola tampar, badminton dan berenang.
Volleyball, badminton and swimming.
Bola sepak? Saya dengar orang Malaysia suka bola sepak.
Soccer? I heard Malaysians like soccer.
Itu untuk orang lelaki tapi saya memang suka menonton perlawanan bola sepak. Macam mana dengan Daniel? Sukan dalaman atau sukan luar?
That’s for men but I really like to watch soccer games. What about you? Indoor or outdoor sports?
Saya pun suka sukan luar. Kadang-kadang bergantung kepada musim.
I like outdoor sport as well. Sometimes it depends on the season.
Apa maksud Daniel?
What do you mean?
Misalnya semasa musim sejuk saya main Bola Sepak Ala Australia dan pada musim panas saya main kriket atau tenis.
For example; in winter I like to play Australian Football and in summer I like to play cricket or tennis.
Oh, begitu. Aktiviti masa lapang pula macam mana?
I see. What about leisure activities?
Saya suka baca suratkhabar atau majalah. Saraswati?
I like reading newspapers or magazines. You?
Saya suka dengar muzik dan menonton perlawanan sukan. Saya juga suka memancing.
I like to listen to music and watch sports. I also like going fishing.
Saraswati ada rancangan untuk pergi memancing dan berkhemah pada hujung minggu ini?
Do you have plans to go fishing and camping this weekend?
Ya. Saya akan pergi pada hari Sabtu dan balik pada hari Ahad.
Yes. I’ll go on Saturday and come back on Sunday.
Kalau begitu, nikmatilah hujung minggu Saraswati. Selamat hujung minggu. Saya nak gerak sekarang sebelum jalan sesak dengan orang ke masjid untuk sembahyang Jumaat.
Well, enjoy your weekend. I need to go now before the road congested with people going for their Friday prayers at the mosque.
Terima kasih, Daniel. Jumpa minggu depan.
Thanks. See you next week.