12. Dialogue 1 Flashcards
Maaf, Encik. Apa kadar pertukaran mata wang Australia dan Amerika Syarikat hari ini?
Hello. What’s the exchange rate for the Australian and US currency today?
AUD $1 (Satu Dollar Australia) hari ini RM3 dan $1 (Satu Dollar Amerika) sekarang RM3.80.
Today AUD $1 is RM3, and US $1 now is RM3.80.
Dollar Australia kurang berbanding dengan Dollar Amerika hari ini.
The AUD is less against the American dollar today.
Betul. Kadar pertukaran banyak berubah-ubah baru-baru ini.
Yes, the exchange rates have been fluctuating a lot recently.
Boleh saya tukar 50 Dollar Australia?
Can I exchange AUD $50, please?
Boleh. Cik hendak tukar 50 Dollar Australia kepada Ringgit Malaysia, ya?
Sure. You want to change AUD$50 to Malaysian ringgit, correct?
Berapa banyak dalam Ringgit Malaysia?
How much is that in Malaysian Ringgit?
RM140 selepas tolak bayaran untuk kadar pertukaran.
It comes to 140 Malaysian Ringgit after deducting the exchange fee.
Terima kasih. Boleh saya minta wang kertas Malaysia yang berlainan?
Ok, thanks. Can I have that in different value Malaysian currency notes?
Boleh. Ini wang Malaysianya.
Of course. Here you are. (This is the Malaysian money)
Terima kasih banyak. Oh ya, saya perlu beli alat tulis. Encik tahu di mana ada kedai yang jual alat tulis dekat sini?
Thank you. Oh…by the way, I need to buy some stationery. Do you know of any shops around here that sells stationery?
Cik hendak cari apa?
What do you need?
(What do you want to find?)
Saya perlu pen dan buku nota.
I need pens and notebooks.
Okey. Bertentangan pejabat pos ada satu kedai jual peralatan pejabat. Saya pasti mereka ada jual pen dan buku nota.
OK. There’s a shop that sells office equipment directly opposite the post office. I’m sure they’d sell pens and notebooks.
Terima kasih banyak. Pejabat pos di sebelah kiri jalan ini, kan?
Great, thanks. The post office is just down the road here on the left, isn’t it?
Ya. Betul. Cuma kira-kira lima minit kalau berjalan kaki.
Yes, that’s right. It’s only about a five minute’s walk.
Terima kasih sekali lagi.
Thanks once again.
Sama-sama.
You’re welcome!