14. Travel Dialogue 1 Flashcards
Macam mana puan pergi bekerja setiap hari?
How do you get to work every day?
Saya pandu kereta atau tunggang motosikal. Kadang-kadang saya naik tren LRT, bergantung kepada keadaan cuaca.
I drive my car or ride my motorcycle. Sometimes I take the LRT, it depends on the weather.
Bagus. Pengangkutan apa kebanyakan orang di KL biasa guna untuk pergi ke mana-mana?
Good. What is the common mode of transport used by most people in KL to get around the city?
Kebanyakan orang di KL suka pandu kereta sendiri. Ada juga yang suka naik motosikal atau bas. Mereka yang tinggal dekat dengan stesen LRT dan Monorail lebih suka naik tren LRT dan Monorail.
Most people in KL like to use their own cars. There are also those who like to ride their motorcycle or take the bus. Those who live near LRT and Monorail stations prefer to take the LRT and Monorail train.
Oh, begitu… Saya berjalan kaki atau berbasikal untuk ke tempat kerja, baik untuk kesihatan. Macam mana keadaan lalu lintas di KL?
I see. I walk or cycle to work, it is good for my health. What’s the traffic like in KL?
Keadaan lalu lintas di KL agak sibuk terutamanya pada waktu puncak yakni waktu pergi dan balik kerja.
It’s quite congested most of the time, especially during peak times that is when going to and from work.
Jadi, kalau saya nak pergi ke mana-mana pada waktu puncak, waktu perjalanan akan ambil masa yang lama?
So, to travel from one place to another during peak hours will take a long time?
Ya, terutamanya selepas hujan, mungkin boleh ambil masa berjam-jam.
Yes, it may take hours, especially after rain.
Ada berlaku kemalangan jalan raya?
Are there any road accidents?
Kemalangan jalan raya berlaku setiap hari. Kita kena berhati-hati bila memandu di jalan raya
terutamanya di lebuh raya.
There are road accidents every day. We have to be very careful while driving on the roads
especially on highways.
Betul. Apa pengangkutan yang terbaik untuk ke Pulau Pinang?
What is the best mode of transport to go to Penang Island?
Tuan boleh naik kereta ikut lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia iaitu Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan seberang pulau guna Jambatan Pulau Pinang atau naik feri di Jeti Butterworth. Perjalanan lebih kurang lima jam.
You can drive your car along the main highway in Peninsular Malaysia that is the North-South Highway Project (PLUS) and cross over to the island using either the Penang Bridge or taking the ferry at the jetty in Butterworth. The journey takes approximately five hours.
Saya dengar saya juga boleh naik tren ETS dari KL Sentral, betul?
I heard that I could also take the ETS train from KL Sentral, correct?
Betul. Tuan boleh naik tren ETS ke Butterworth dan dari Butterworth naik feri ke Pulau Pinang. Perjalanan tren ambil masa lebih kurang empat jam lima belas minit.
Correct. You can take the ETS train to Butterworth and from Butterworth, you can take the ferry to Penang. The train journey takes about four hours and fifteen minutes.
Boleh saya naik kapal terbang?
Can I fly?
Boleh. Tuan kena naik tren ekspres ERL dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Perjalanan ambil masa dua puluh lapan minit. Naik kapal terbang ke Pulau Pinang ambil masa lebih kurang satu jam. Tuan boleh naik teksi atau naik Grab untuk bersiar-siar di sekitar Pulau Pinang.
Yes, you can. You need to take the ERL express train from KL Sentral to the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). The journey takes about twenty-eight minutes. The flight time to Penang is approximately an hour. You can either take a taxi or Grab to get around Penang.
Saya nak naik kereta api funikular ke puncak Bukit Bendera.
I want to take the funicular train to the top/summit of Penang Hill.
Wah, seronoknya! Tuan juga boleh naik kereta kabel di Pagoda Kek Lok Tse dan naik beca untuk bersiar-siar di sekitar George Town.
Wow, that’s enjoyable! You can also take the cable car to Kek Lok Tse Pagoda and take a trishaw ride to get around Penang.
Tentu seronok. Saya juga nak makan kuetiau goreng dan cendol di sana.
Definitely enjoyable. I also want to eat fried ‘kuetiau’ and drink ‘cendol’ there.