Mod 1 - Unit 12 - Lesson 2 Dialogue 1 Menukar Mata Wang Flashcards
ADF: Maaf, Encik. Apa kadar pertukaran mata wang Australia dan Amerika Syarikat hari ini?
ADF: Hello. What’s the exchange rate for the Australian and US currency today?
Local: AUD $1 (Satu Dollar Australia) hari ini RM3 dan $1 (Satu Dollar Amerika) sekarang RM3.80.
Local: Today AUD $1 is RM3, and US $1 now is RM3.80.
ADF: Dollar Australia kurang berbanding dengan Dollar Amerika hari ini.
ADF: The AUD is less against the American dollar today.
Local: Betul. Kadar pertukaran banyak berubah-ubah baru-baru ini.
Local: Yes, the exchange rates have been fluctuating a lot recently.
ADF: Boleh saya tukar 50 Dollar Australia?
ADF: Can I change AUD $50, please?
Local: Boleh. Cik hendak tukar 50 Dollar Australia kepada Ringgit Malaysia, ya?
Local: Sure. You want to change AUD $50 to Malaysian Ringgit, correct?
ADF: Berapa banyak dalam Ringgit Malaysia?
ADF: How much is that in Malaysian Ringgit?
Local: RM140 selepas tolak bayaran untuk kadar pertukaran.
Local: It comes to 140 Malaysian Ringgit after deducting the exchange fee.
ADF: Terima kasih. Boleh saya minta wang kertas Malaysia yang berlainan?
ADF: Ok, thanks. Can I have that in different value Malaysian currency notes?
Local: Boleh. Ini wang Malaysianya.
Local: Of course. Here you are.
ADF: Terima kasih banyak. Oh ya, saya perlu beli alat tulis. Encik tahu di mana ada kedai yang jual alat tulis dekat sini?
ADF: Thank you. Oh…by the way, I need to buy some stationery. Do you know of any shops around here that sell stationery?
Local: Cik hendak cari apa?
Local: What do you need?
ADF: Saya perlu pen dan buku nota.
ADF: I need pens and notebooks.
Local: Okey. Bertentangan pejabat pos ada satu kedai jual peralatan pejabat. Saya pasti mereka ada jual pen dan buku nota.
Local: OK. There’s a shop that sells office equipment directly opposite the post office. I’m sure they’d sell pens and notebooks.
ADF: Terima kasih banyak. Pejabat pos di sebelah kiri jalan ini, kan?
ADF: Great, thanks. The post office is just down the road here on the left, isn’t it?
Local: Ya. Betul. Cuma kira-kira lima minit kalau berjalan kaki.
Local: Yes, that’s right. It’s only about a five-minute walk.
ADF: Terima kasih sekali lagi.
ADF: Thanks once again.
Local: Sama-sama.
Local: You’re welcome!