Mod 1 - Unit 11 - Lesson 2 Dialogue 1 Makanan Orang Flashcards
Hamidah sedang buat apa?
What are you doing?
Hamidah: Oh, hai, James! Saya tengah sediakan makan tengah hari.
Hi, James! I’m preparing lunch.
James: Hamidah tengah sediakan masakan apa?
What type of food are you preparing?
Hamidah: Masakan Melayu seperti sambal tumis dan asam pedas. James suka masakan Melayu?
Malay food like sambal tumis and asam pedas. Do you like Malay food?
James: Oh, sudah tentu saya suka masakan Melayu tapi saya juga rindu barbeku Australia.
Certainly, I love Malay food but I do miss Aussie BBQ.
Hamidah: James suka masakan pedas?
Do you like spicy food?
James: Pedas sikit okey bagi saya tapi saya tak suka masakan yang terlalu pedas.
A little bit spicy is fine, but I don’t like it too hot.
Hamidah: Masakan Melayu memang selalunya pedas. Bila pesan makanan di restoran, James kena beritahu pelayan tu James tak suka masakan terlalu pedas.
Malay dishes are often spicy. When ordering at a restaurant, you should tell the waiter you don’t like very hot, spicy food.
James: Untuk makan malam Hamidah lebih suka makan di luar atau makan di rumah sahaja?
For dinner, do you prefer to eat outside or just at home?
Hamidah: Selalunya saya lebih suka makan di rumah tapi pada hujung minggu saya suka makan di restoran.
I usually prefer eating at home, but on the weekend I like eating out at a restaurant
James: Hamidah lebih suka wain merah atau wain putih? Saya lebih suka bir Australia.
Do you prefer red or white wine? I prefer Aussie beer.
Hamidah: Oh, saya tak boleh minum wain atau bir. Saya orang Islam. Haram bagi orang Islam minum arak dan makan daging babi.
Oh, no wine or beer for me. I am Muslim. It is haram for Muslims to drink alcoholic drinks and eat pork.
James: Haram? Apa maksudnya?
Haram? What does that mean?
Hamidah: Haram maknanya dilarang dalam agama. Contohnya, daging khinzir dan minuman keras haram bagi orang Islam.
Haram means prohibited by the religion. For example, pork and alcoholic drinks are prohibited for Muslims.
James: Oh, saya faham sekarang. Terima kasih sebab beritahu saya. Hamidah mahu makan malam di luar dengan saya hujung minggu ini?
Oh, I see. Thanks for letting me know. Shall we go out for dinner this weekend, Hamidah?
Hamidah: Ok. Apa salahnya. Jom kita pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita, boleh makan roti canai dan minum teh tarik.
Ok, why not? Let’s go to Nasi Kandar Pelita Restaurant, we can eat roti canai and drink teh tarik.
James: Kita perlu tempah meja?
Do we need to book a table?
Hamidah: Oh, tak perlu. Banyak restoran di sini kita tak payah tempah meja. Sama dengan gerai, warung dan kafe. Kita kena tempah meja untuk restoran di hotel atau restoran yang popular saja.
Oh, no need. You don’t have to book a table for most restaurants here, same with stalls and cafes. We only need to book for restaurants in hotels and the popular ones.
James: Hamidah pasti?
Sure?
Hamidah: Ya, saya pasti. Oklah. Kita jumpa di sana Sabtu ini pukul tujuh malam.
Yes, I’m sure. Ok. Let’s meet there this Saturday at 7.00 pm. then.
James: Baik. Kita jumpa lusa ini.
That’s great. See you the day after tomorrow.
Hamidah: Oh, ya! Esok hari Jumaat. Lusa hari Sabtu. Oklah, kita jumpa lusa ini di kedai Mamak.
Oh, yes, tomorrow is Friday! Saturday is the day after tomorrow. Ok, we will meet the day after tomorrow at the Mamak shop.