2.3 Reka Bentuk Elektrik Flashcards
Apakah elemen utama dalam sistem elektrik?
- sumber
- medium
- beban
- kawalan
Apakah 2 jenis sumber elektrik?
- sumber yang boleh diperbaharui
- sumber yang tidak boleh diperbaharui
Apakah sumber yang boleh diperbaharui?
sumber yang boleh digunakan semula dan bekalan tenaga ini akan kekal selama-lamanya
Apakah sumber yang tidak boleh diperbaharui?
sumber yang akan habis dan tidak dapat dikitar semula
Apakah medium?
perantara sumber dengan beban
Apakah fungsi medium?
mengalirkan arus elekreik
Apakah 2 jenis medium?
- medium berwayar
- medium tanpa wayar
Apakah beban?
Beban ialah sebarang peralatan elektrik yang disambungkan pada litar elektrik untuk membolehkannya berfungsi dan beroperasi
Apakah kawalan?
pengawalan arus elektrik secara selamat, iaitu dengan cara memutus dan menyambungkan litar.
Nyatakan 2 jenis arus
- Arus ulang-alik
- Arus terus
Apakah arus ulang-alik?
sistem penjanaan dan pengagihan elektrik dari stesen jana kuasa hingga ke rumah
Bolehkah voltan bagi arus ulang-alik dinaikkan dan diturunkan menggunakan transformer dalam arus ulang alik?
Ya, boleh
Bagaimanakah penghantaran elektrik dilakukan dalam arus ulang alik?
dilakukan dalam keadaan voltan yang tinggi supaya dapat merendahkan nilai arus
Apakah tujuan menghantar elektrik dalam keadaan voltan yang tinggi?
mengurangkan kehilangan kuasa semasa proses penghantaran
Apakah arus terus?
sistem kuasa dengan hanya satu kekutuban voltan atau arus
Apakah aspek-aspek menunjuk reka bentuk litar bagi sesuatu peralatan elektrik?
- keselamatan
- kedudukan peranti dalam litar
- sambungan litar
Apakah kepentingan ciri-ciri keselamatan dalam litar peralatan elektrik?
melindungi pengguna dan produk tersebut daripada berlakunya litar pintas
Apakah tujuan kedudukan peranti dalam litar?
menjimatkan ruang selain menekankan aspek keselamatan
Nyatakan jenis-jenis litar dalam penyambungan litar elektrik.
- litar tertutup
- litar buka
- litar pintas
- litar bypass
Apakah litar tertutup?
Litar ini mempunyai satu kitaran yang lengkap pergerajan arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik
Apakah litar buka?
Litar yang tidak mempunyai kitaran lengkap arus, voltan fan kuasa dalam satu litar elektrik
Apakah litar pintas?
wayar positif yang bocor bersentuhan dengan wayar negatif yang bocor tanpa melalui mentol
Apakah keputusan litar pintas?
menghasilkan percikan bunga api yang dapat menyebabkan kebakaran
Apakah litar bypass?
apabila penyambungan wayar dibuat pada fius yang sama untuk soket perkakasan elektrik yang berlainan
Apakah keputusan litar bypass?
lebihan bebanan pada wayar, menghasilkan haba berlebihan pada penebat wayar
Apakah Ohm’s Law?
V= IxR
Apakah tujuan membuat lakaran?
memastikan kuantiti dan kedudukan yang betul bagi komponen-komponen
Di manakah analisis sistem elektrik dilakukan?
- sumber
- medium
- beban
- kawalan
Nyatakan langkah-langkah pembinaaan litar gajet elektrik
1, Sediakan bahan-bahan
- Sediakan 4 mentol, 2 bateri, pemegang bateri, suis mikro, dan wayar lembar tunggal
- Tentukan susunan dan kedudukan gajet pada almari pakaian
- Lakukan penyambungan litar gajet
- Pasang penyambungan litar gejet itu di dalam almari pakaian
Apakah tujuan pengujian?
memastikan gajet pada litar dapat berfungsi seperti yang dikehendaki
Apakah aspek yang perlulah dinilai?
semua komponen pada gajet litar elektrik
Apakah tujuan uji kaji sebelum penambahbaikan kecerahan mentol?
membuktikan kecerahan mentol dan jumlah nilai parameter rintangan yang terdapat dalam litar siri dan selari