1.1 Pengenalpastian Masalah Flashcards
Apakah masalah bukan inventif?
Masalah bukan inventif ialah masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan
sampingan.
Apakah masalah inventif?
Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan
berlaku.
Senaraikan langkah-langkah penyelesaian masalah bukan inventif.
Alatan tidak berfungsi dengan baik →Masalah dikenal pasti→Proses penambahbaikan alatan →Alatan dapat digunakan semula →tiada kesan sampingan
Senaraikan aliran kerja penyelesaian masalah inventif.
- Mengenal pasti masalah
- Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
- Membuat pilihan
- Melaksanakan pilihan
- Menilai penyelesaian masalah:
- Berjaya →Selesai
- Tidak berjaya→menyenraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
Apakah TRIZ?
TRIZ merupakan akronim dalam bahasa Rusia, iaitu Teoriya Resheniya Izobreatatelskikh Zadatch yang bermaksud Teori Penyelesaian Masalah Inventif (Theory of Inventive Problem Solving).
Senaraikan penyelesaian masalah inventif.
Fasa
- Analisis punca masalah
- Model masalah
- Kaedah penyelesaian
- Model penyelesaian
Penerangan
- Analisis fungsi
- Percanggahan fizikal
- Pilihan kaedah penyelesaian
- Kaedah penyelesaian spesifik
Bagaimanakah menentukan kaedah pemisahan?
Soalan
Adakah percanggahan berlaku pada masa yang sama?
- Jawapan Ya: Pilih kaedah pemisahan ruang
- Jawapan Tidak: Pilih kaedah pemisahan masa