2.1 Teknologi Pembuatan Flashcards
Apakah teknologi pembuatan produk?
Teknologi pembuatan produk ialah satu kaedah menghasilkan produk sama ada menggunakan alatan tangan atau mesin
Apakah teknologi pembuatan?
Proses menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi pemesinan dan peralatan
Apakah kaedah konvensional?
Kaedah konvensional adalah menggunakan teknologi yang asas dan biasanya dikendalikan oleh individu dengan menggunakan tangan
Apakah kaedah moden?
Kaedah moden ialah pembuatan produk menggunakan mesin.
Apakah perbezaan kaedah konvensional dan kaedah moden?
See image here:
https://drive.google.com/file/d/1Ohq86cIL011AZq3qt1Yvq6FYs0NpIqYl/view?usp=sharing
Apakah definisi proses pembuatan produk?
Proses pembuatan produk ialah satu kaedah dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin, dan bahan yang ada diubah untuk menghasilkan produk siap.
Nyatakan peringkat-peringkat pembinaan (6)
- Pemotongan
- Pembinaan
- Tuangan
- Pemasangan
- Pembersihan
- Kemasan
Nyatakan proses perancangan sehingga kaedah pembinaan.
See image here:
https://drive.google.com/file/d/1Qozhq0GRn0y0BTSqjM2jGPV5S_R1gaYv/view?usp=sharing
Apakah proses pembuatan yang menggunakan kaedah konvensional menggunakan sebagai sumber tenaga?
Tangan
Apakah proses pembuatan yang menggunakan kaedah moden menggunakan sebagai sumber tenaga?
Elektrik
Nyatakan aspek-aspek elemen perbezaan kaedah konvensional dan moden.
- Masa
- Hasil
- Kos
- Tenaga Kerja
- Kuantiti
- Kualiti
- Estetika
Apakah tujuan jadual banding beza?
Jadual banding beza dihasilkan untuk melihat perbezaan yang terdapat dalam penggunaan kaedah konvensional dan kaedah moden semasa proses pembuatan sesuatu produk.
Apakah tujuan lakaran model tiga dimensi?
Lakaran model tiga dimensi dibuat untuk menvisualkan idea daripada pereka bentuk.
Bagaimanakah kita boleh memanipulasikan reka bentuk dalam lakaran idea?
Reka bentuk boleh dimanipulasi daripada keadaan sekeliling seperti bentuk alam semula jadi atau bentuk geometri.
Apakah maklumat yang penting dalam lakaran idea?
bahan, saiz, warna, dan lain-lain. (merujuk elemen dan prinsip reka bentuk)
Apakah yang perlu dilakukan selepas lakaran selesai?
Analisi perlu dilakukan pada lakaran akhir.
Apakah tujuan analisis?
untuk mencari kecacatan sekiranya ada.
Apakah aspek yang perlu diberi perhatian semasa menganalisis lakaran model 3D?
- menepati kehendak projek brief
- kesesuaian cadangan bahan dengan produk.
- Ketarikan warna yang digunakan
- Kesesuaian saiz produk dengan fungsinya.
- Kepengaruhian tekstur permukaan produk dengan fungsinya.
- Keselamatan rupa bentuk produk.
Senaraikan kaedah-kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.
Tuangan Acuan Pembentukan Pemesinan Sambungan
Terangkan pembuatan tuangan.
Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses pelaburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan.
Terangkan pembuatan acuan.
Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibiarkan mengeras.
Terangkan pembuatan pembentukan.
Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk.
Terangkan pembuatan pemesinan.
Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dihendaki.
Terangkan pembuatan sambungan.
Bahagian atau komponen yang dihasilkan melalui proses pemesinan disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi.
Apakah model?
Asas kepada pembinaan sesuatu produk
Apakah model statik?
Model yang tidak dapat digerakkan
Apakah tujuan model berfungsi?
menilai kefungsian bahagian produk
Apakah tujuan model statik?
melihat rupa bentuk sebenar sesuatu produk
Nyatakan proses menghasilkan acuan model 3D.
Menghasilkan model awal 3D
Membuat acuan
Tuangan
Apakah model awal 3D?
model awal yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses pembinaan acuan
Apakah kebaikan model awal 3D?
-dihasilkan lebih tepat
-mengambil masa
singkat
-mudah
Apakah acuan?
bekas tuangan sesuatu bahan yang hendak dibentuk
Apakah tuangan panas?
Satu teknik tuangan yang menggunakan haba untuk mencairkan bahan tuangan
Apakah tuangan sejuk?
Tuangan sejuk dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan seperti plaster of paris dan resin epoxy
Apakah proses menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris?
- Sediakan plaster of paris
- Campurkan dengan air sehingga menjadi pes
- Letakkan di dalam bekas
- Sapukan lapisan minyak pada model awal 3D
- Celupkan separuh bahagian model awal 3D ke bahagian dalam pes plaster of paris
- Biarkan sehingga kering
- Ulang langkah satu hingga langkah enam
- Tanggalkan model awal 3D dengan berhati-hati
- Bersihkan acuan yang terbentuk
Apakah langkah-langkah menggunakan acuan dan tuangan?
- Sediakan acuan
- Sediakan epoxy resin dan epoxy hardener dengan nisbah 50-50
- Tuang epoxy resin ke dalam bekas
- Tuang epoxy hardener
- Kacau campuran
- Tuangkan campuran ke dalam acuan
- Biarkan meneras dan keluarkan
Bagaimanakh pen 3D berfungsi?
menggunakan haba untuk mencairkan bahan mencetak apabila dipanaskan dan keluar melalui hujungnya.
Jelaskan langkah-langkah memasang pen 3D
- Sambungkan pen 3D kepada sumber kuasa
- Pilih bahan mencetak
- Panaskan elemen pemanasan
- Masukkan bahan mencetak
- Uji bahan mencetak dengan menekan butang penyala bahan mencetak
Apakah fungsi kemanasan pada produk?
menambah nilai estetik pada produk dengan memberikan kesan warna yang cantik dan tekstur permukaan yang menarik.
Nyatakan kaedah-kaedah kemasan. (4)
- sembur
- sapu
- pelekat
- electroplating
Apakah electrostatic?
Electrostatic ialah suatu kajian sains yang digunakan untuk menjelaskan cas-cas elektrik yang statik.
Apakah electroplating?
Suatu kaedah kemasan untuk membuat saduran pada permukaan bagi menghilangkan kelemahan sesuatu bahan.
Apakah yang diperlu oleh konsep electroplating?
elektrik
Nyatakan bahan-bahan digunakan untuk melakukan proses electroplating
- Cecair elektrolit
- Bikar
- Kepingan bar
- Sel 9 Voltan
- Wayar berserta klip buaya
Apakah tujuan menilai model 3D?
mengatasi kelemahan yang mungkin timbul
Nyatakan elemen reka bentuk
-Garisan
-Rupa
-Bentuk
-Tekstur
-Saiz
Warna
-Ruang
Nyatakan prinsip reka bentuk
- Keseimbangan
- Pengulangan
- Kontras
- Kepelbagaian
- Kesatuan
- Keringkasan
- Harmoni
Dari apa segi inovasi dilakukan?
- fungsi
- reka bentuk
- kualiti
- estetika