1.3 Percanggahan Fizikal Flashcards
Apakah parameter yang penting dalam RBT?
Saiz, Beban dan Ketinggian
Nyatakan 7 cadangan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang.
- Pembahagian
- Pengekstrakan
- Kualiti setempat
- Penyarangan
- Filem nipis dan cangkerang boleh lentur
- Pengantara
- Tidak simetri
Nyatakan penerangan konsep pembahagian.
(a) Membahagikan objek kepada beberapa bahagian kecil
(b) Menjadikan objek mudah dileraikan
(c) Meningkatkan darjah kebolehbahagian
(d) Perubahan ke peringkat lebih kecil
Nyatakan penerangan konsep pengekstrakan.
Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang mendatangkan gangguan daripada objek
Nyatakan penerangan konsep kualiti setempat.
(a) Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran daripada seragam
menjadi tidak seragam
(b) Menjadikan setiap bahagian objek memenuhi fungsi berbeza yang berguna
Nyatakan penerangan konsep penyarangan.
Meletakkan atau memasukkan satu
objek ke dalam satu objek yang sama
tetapi berlainan saiz
Nyatakan penerangan konsep filem nipis dan cangkerang boleh lentur
Membalut, melapik, atau membungkus objek menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang boleh lentur
Nyatakan penerangan konsep pengantara.
(a) Mengadakan bahagian baharu antara dua objek
(b) Menggunakan objek atau proses pengantara
(c) Mencantumkan dua objek secara sementara
Nyatakan penerangan konsep tidak simetri
Mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi tidak simetri
Nyatakan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa. (7)
- Kedinamikan
- Tindakan awal
- Tindakan berkala
- Tindakan keterlaluan
- Pengembangan terma
- Pembuangan dan pemulihan
- Tindakan berterusan
Nyatakan penerangan konsep kedinamikan
(a) Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil yang boleh bergerak
(b) Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak bergerak kepada bahagian yang bergerak, dan sebaliknya
Nyatakan penerangan konsep tindakan awal
Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko
Nyatakan penerangan konsep tindakan berkala
Menukar tindakan berterusan kepada tindakan berkala
Nyatakan penerangan konsep tindakan keterlaluan
Jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan agar dapat memudahkan penyelesaian
Nyatakan penerangan konsep pengembangan terma
Menggunakan prinsip terma (pengembangan atau pengecutan) terhadap sesuatu bahan