Mod 1 - Unit 17 - Lesson 7 - Daily Routine Ship's Leadership Flashcards
RUTIN HARIAN KRU KAPAL KD GEMPITA TLDM
DAILY ROUTINE OF KD GEMPITA TLDM SHIP CREW
Tugas dan tanggungjawab anggota dan kapal terletak di bahu seorang pegawai memerintah.
The duties and responsibilities of the crew and the ship lie on the shoulders of a commanding officer.
Amanah yang telah diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi bagi menjaga aset negara dilaksanakan dengan penuh semangat dan dedikasi.
The trust given by the top leadership to safeguard national assets is carried out with full spirit and dedication.
Itulah yang dilaksanakan oleh Lt Kdr Mohd Faries bin Mohd Nasir TLDM, Pegawai Memerintah Kapal DiRaja PERKASA yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1, Kuantan, Pahang.
That is what is carried out by Lt Commander Mohd Faries bin Mohd Nasir TLDM, Commanding Officer of KD PERKASA based at Naval Region 1 Headquarters, Kuantan, Pahang.
Rutin harian sebagai Pegawai Memerintah bukan sahaja perlu memastikan kesiapsiagaan kapal dalam keadaan terbaik
The daily routine as Commanding Officer not only must ensure the ship’s readiness is in the best condition
tetapi juga aspek kebajikan dan kesiapsiagaan kru kapal juga menjadi keutamaan beliau walaupun kapal berada di jeti operasi.
but also the welfare and readiness of the crew are his priorities even when the ship is at the operational jetty.
Seawal 0600 pagi kru kapal perlu bangun, membersihkan diri dan solat subuh bagi yang beragama Islam.
As early as 0600 AM, the crew must wake up, clean themselves and perform Subuh prayer for those who are Muslims.
Setelah selesai urusan pentadbiran diri masing-masing, kru akan berada di stesen masing-masing melakukan cucian
After completing their personal administrative matters, the crew will be at their stations doing cleaning
bagi memastikan keadaan tempat bertugas sentiasa dalam keadaan terbaik.
to ensure the working area is always in the best condition.
Awasan atau kru yang ditugaskan untuk tugas yang dijadualkan pula akan beratur untuk mendengar taklimat daripada ketua penugasan.
The watch or crew assigned for scheduled duties will line up to listen to a briefing from the duty officer.
Kedua-dua perkara ini dilaksanakan pada jam 0630 pagi.
Both of these activities are carried out at 0630 in the morning.
Setelah itu, anggota akan bersarapan pagi di mes sehingga jam 0745
After that, members will have breakfast at the mess until 0745
di mana mereka akan beratur untuk upacara menaikkan panji-panji pada jam 0800.
where they will line up for the flag-raising ceremony at 0800.
Jam 0830, semua kru yang bertugas akan beratur untuk mendengar taklimat pagi oleh Pegawai Bertugas Harian.
At 0830, all on-duty crew will line up to hear the morning briefing by the Officer of the Day.
Setelah itu, pada jam 0900, taklimat pegawai memerintah bersama pegawai kapal.
After that, at 0900, a briefing by the commanding officer with the ship’s officers.
Taklimat ini sebagai menyalurkan maklumat tentang perancangan serta aktiviti yang akan dilaksanakan
This briefing is to convey information on planning and activities that will be carried out
serta sebagai suatu medium untuk pegawai memerintah menyampaikan amanat serta mengetahui kebajikan kru.
and also as a medium for the commanding officer to deliver messages and learn about the crew’s welfare.
Jam 1230 tengah hari, rehat dan makan tengah hari untuk semua kru kapal.
At 1230 noon, rest and lunch for all ship crew.
Jam 1400, setelah solat Zohor, kru akan menyambung tugas masing-masing dengan dipantau oleh pegawai bahagian masing-masing.
At 1400, after Zohor prayer, the crew resumes their duties under supervision by their respective department officers.
Kru akan menamatkan tugasan pada jam 1645,
The crew will complete their duties at 1645,
di mana kru yang tidak bertugas dibenarkan keluar
where off-duty crew are allowed to go out
manakala yang bertugas akan beratur bagi latihan kebakaran serta cucian petang.
while the on-duty crew will line up for fire drills and evening cleaning.
Kru kapal akan menikmati makan malam pada jam 1800 hingga 1900.
The ship crew will enjoy dinner from 1800 to 1900.
Jam 1925, kru yang bertugas akan beratur bagi upacara Menurunkan Panji-panji.
At 1925, the on-duty crew will line up for the lowering of the flag ceremony.
Masa bagi upacara ini berubah-ubah mengikut masa terbenam matahari.
The time for this ceremony varies according to sunset time.
Jam 2000 pula, Pegawai Bertugas Harian akan melaksanakan lawatan malam di semua bahagian kapal
At 2000, the Officer of the Day will carry out a night inspection in all parts of the ship
bagi memastikan keadaan kapal sentiasa selamat, bersih dan bersedia untuk diaturgerakkan.
to ensure the ship is always safe, clean, and ready to be mobilised.
Pada jam 2230, kru kapal akan berehat untuk meneruskan rutin pada keesokan harinya.
At 2230, the ship crew will rest to continue the routine the next day.
Begitulah perancangan Lt Kdr Mohd Faries bin Mohd Nasir TLDM berkenaan rutin harian
That is the planning of Lt Commander Mohd Faries bin Mohd Nasir TLDM regarding the daily routine
yang dilaksanakan dalam memastikan kru dan kapal di bawah pemerintahannya berada dalam keadaan baik dan bersedia sebilang masa.
carried out to ensure that the crew and ship under his command are in good condition and ready at all times.