Mod 1 - Unit 17 - Lesson 2 Text 2 Kegiatan Harian Mejar Firdaus Flashcards
Rutin Harian Mejar Firdaus
Major Firdaus’s Daily Routine
Mejar Firdaus tinggal di Nombor 5, Jalan 1/53, Taman Muhibah, Seremban.
Major Firdaus lives at Number 5, Jalan 1/53, Taman Muhibah, Seremban.
Umur beliau 37 tahun.
He is 37 years old.
Beliau seorang anggota tentera.
He is a military officer.
Pangkatnya Mejar.
His rank is Major.
Beliau bertugas sebagai seorang jurulatih di Pusat Latihan Armor di PULAMOR di Kem SIRUSA, Port Dickson.
He works as a trainer at the Armor Training Centre at PULAMOR in SIRUSA Camp, Port Dickson.
Tiap-tiap hari, Mejar Firdaus bangun pada pukul enam pagi.
Every day, Major Firdaus wakes up at six in the morning.
Beliau masuk ke bilik air dan gosok gigi lalu mandi.
He goes into the bathroom, brushes his teeth, and then takes a shower.
Sesudah mandi beliau memakai pakaian kerja lalu pergi ke ruang makan.
After showering, he puts on his work clothes and goes to the dining area.
Isterinya selalu menyediakan nasi lemak atau nasi goreng untuknya sebagai sarapan pagi.
His wife always prepares nasi lemak or fried rice for his breakfast.
Beliau bersarapan dengan isteri dan anak-anaknya.
He has breakfast with his wife and children.
Mereka suka minum air kopi dengan gula atau air milo.
They like to drink coffee with sugar or Milo.
Mejar Firdaus pergi bekerja pada pukul tujuh pagi dengan menaiki kereta.
Major Firdaus goes to work at seven in the morning by car.
Sebelum ke tempat kerja, beliau menghantar isterinya yang merupakan seorang kakitangan awam di Jabatan Pendidikan.
Before going to work, he sends his wife, who is a public servant at the Department of Education.
Mejar Firdaus tiba di pejabatnya pada kira-kira pukul tujuh tiga puluh minit pagi.
Major Firdaus arrives at his office at about seven thirty in the morning.
Mejar Firdaus mula bekerja pada pukul lapan pagi.
Major Firdaus starts work at eight in the morning.
Waktu kerja untuk semua kakitangan di PULAMOR dari pukul lapan pagi hingga pukul lima petang dari hari Isnin hingga hari Jumaat.
Working hours for all staff at PULAMOR are from eight in the morning to five in the evening, Monday to Friday.
Jadi Mejar Firdaus bekerja lima hari seminggu.
So Major Firdaus works five days a week.
Waktu rehat makan tengah hari adalah dari jam 1300 hingga 1400 kecuali hari Jumaat.
Lunch break is from 1:00 PM to 2:00 PM except on Fridays.
Pada hari Jumaat, waktu makan tengah hari dari pukul dua belas setengah hingga pukul dua empat puluh lima petang.
On Fridays, lunch is from 12:30 PM to 2:45 PM.
Mejar Firdaus pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat selepas mandi.
Major Firdaus goes to the mosque for Friday prayers after taking a shower.
Setiap hari Isnin hingga Khamis, pada pukul satu tengah hari, Mejar Firdaus pergi makan tengah hari di dewan makan di Kem atau di kedai makan.
Every Monday to Thursday, at one in the afternoon, Major Firdaus has lunch at the camp dining hall or at an eatery.
Kedai makan itu terletak lebih kurang setengah kilometer dari Kem.
The eatery is located about half a kilometer from the camp.
Beliau suka makan nasi berlauk kari ayam, sayur goreng dan segelas air teh tarik.
He likes to eat rice with chicken curry, fried vegetables, and a glass of teh tarik.
Selepas makan tengah hari, beliau akan membaca surat khabar.
After lunch, he will read the newspaper.
Kadang-kadang, beliau berbual-bual dengan rakan selepas makan.
Sometimes, he chats with friends after eating.
Mejar Firdaus pulang ke rumah pada pukul lima petang.
Major Firdaus returns home at five in the evening.
Beliau beriadah selama 30 minit.
He exercises for 30 minutes.
Selepas itu, beliau berehat sebentar lalu mandi dan solat/sembahyang Maghrib sebelum makan malam bersama keluarganya.
After that, he rests briefly, then showers and performs the Maghrib prayer before having dinner with his family.
Kemudian, beliau berehat bersama keluarga selama satu jam sambil menonton televisyen.
Then, he relaxes with his family for an hour while watching television.
Kadang-kadang, pada waktu malam, sesudah makan malam beliau berbual-bual dengan isteri dan anak-anaknya di ruang tamu.
Sometimes, at night, after dinner, he chats with his wife and children in the living room.
Kemudian, beliau akan masuk ke bilik tidur untuk membaca atau membuat persiapan untuk kerja keesokan hari.
Then, he goes into the bedroom to read or prepare for work the next day.
Beliau tidur pada pukul sebelas malam.
He goes to sleep at eleven at night.