Mod 1 - Unit 17 - Lesson 3 Dialogue 1 Rutin Harian Mejar Firdaus Flashcards
Boleh saya bertanya sedikit tentang rutin harian Mejar?
Could I ask something regarding your daily routines?
Boleh, apa salahnya.
You can, please do.
Pukul berapa Mejar pergi bekerja?
What time do you go to work?
Saya mula bertolak dari rumah pada pukul tujuh pagi.
I leave my home at seven in the morning.
Pukul berapa Mejar mula bekerja?
What time do you start work?
Tiap-tiap hari saya mula bekerja jam lapan pagi.
I start work at eight in the morning every day.
Bagaimana dengan waktu rehat?
What about breaks?
Waktu rehat untuk minum pagi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.15 pagi dan rehat makan tengah hari dari pukul satu tengah hari hingga pukul dua petang.
I have a morning tea break at 10 am and a lunch break from one o’clock to two in the afternoon.
Apa Mejar buat pada waktu makan tengah hari?
What do you do during your lunch break?
Kenapa? Nak belanja saya makan tengah hari? (Ketawa) Mmm…Saya selalunya makan tengah hari di dewan makan atau di kedai makan di luar kem. Selepas makan, selalunya saya membaca surat khabar. Kadang-kadang saya berbual-bual dengan rakan.
Why? You want to shout me lunch? (Laugh) Mmm….I usually have my lunch at the dining hall or the shops outside camp. After lunch, I usually read the newspapers. Sometimes I chitchat with my friends.
Pukul berapa Mejar balik ke rumah?
What time do you go home?
Saya balik ke rumah pada pukul lima petang setiap hari.
I go home at five in the evening every day.
Apa aktiviti Mejar selepas pulang ke rumah?
What are your activities after returning home?
Saya pergi berjoging atau bersukan selama setengah jam.
I either jog or play sports for half an hour.
Selepas itu?
After that?
Saya berehat sebentar. Selepas itu, saya mandi dan solat Maghrib sebelum makan malam bersama keluarga. Kemudian, saya berehat bersama keluarga selama satu jam sambil menonton televisyen.
I rest for a while, then bathe and perform my Maghrib prayers before having dinner with my family. Then, I relax with my family for an hour while watching television.
Mejar tidak berbual-bual dengan keluarga?
You don’t chit-chat with your family?
Kadang-kadang.
Sometimes.
Tidur pukul berapa?
What time do you sleep?
Saya tidur pada pukul 11.00 malam. Sebelum tidur selalunya saya membaca atau membuat persiapan untuk kerja keesokan hari.
I sleep at 11 p.m. Before going to bed, I usually do some reading or prepare for my work the following day.