Mod 1 - Unit 17 - Lesson 7 Daily Routine Ship's Crew Flashcards
RUTIN HARIAN KRU KAPAL KD GEMPITA TLDM
DAILY ROUTINE OF THE KD GEMPITA TLDM SHIP CREW
Seawal 0600 pagi kru kapal perlu bangun, membersihkan diri dan solat Subuh bagi yang beragama Islam.
As early as 0600 in the morning, the ship crew must wake up, clean themselves and perform the Subuh prayer for those of the Islamic faith.
Setelah selesai urusan pentadbiran diri masing-masing, kru akan berada di stesen masing-masing melakukan cucian bagi memastikan keadaan tempat bertugas sentiasa dalam keadaan terbaik.
After finishing personal administrative matters, the crew will be at their respective stations doing cleaning to ensure the workplace is always in the best condition.
Awasan atau kru yang ditugaskan untuk tugas yang dijadualkan pula akan beratur untuk mendengar taklimat daripada ketua penugasan.
The watch or crew assigned for scheduled duties will line up to listen to a briefing from the duty officer.
Kedua-dua perkara ini dilaksanakan pada jam 0630 pagi.
Both of these activities are carried out at 0630 in the morning.
Setelah itu, anggota akan bersarapan pagi di mes sehingga jam 0745
After that, members will have breakfast at the mess until 0745
…di mana mereka akan beratur untuk upacara menaikkan panji-panji pada jam 0800.
…where they will line up for the flag-raising ceremony at 0800.
Jam 0830, semua kru yang bertugas akan beratur untuk mendengar taklimat pagi oleh Pegawai Bertugas Harian.
At 0830, all on-duty crew will line up to listen to the morning briefing by the Officer of the Day.
Setelah itu, pada jam 0900, taklimat pegawai memerintah bersama pegawai kapal.
After that, at 0900, the commanding officer’s briefing with the ship’s officers.
Taklimat ini sebagai menyalurkan maklumat tentang perancangan serta aktiviti yang akan dilaksanakan
This briefing is to provide information about the planning and activities that will be carried out
…serta sebagai suatu medium untuk pegawai memerintah menyampaikan amanat serta mengetahui kebajikan kru.
…as well as a medium for the commanding officer to deliver messages and know the crew’s welfare.
Jam 1230 tengah hari, rehat dan makan tengah hari untuk semua kru kapal.
At 1230 noon, break and lunch for all ship crew.
Jam 1400, setelah solat Zohor, kru akan menyambung tugas masing-masing dengan dipantau oleh pegawai bahagian masing-masing.
At 1400, after Zohor prayer, the crew will resume their respective duties monitored by their respective department officers.
Kru akan menamatkan tugasan pada jam 1645
The crew will finish their duties at 1645
…di mana kru yang tidak bertugas dibenarkan keluar
…where those not on duty are allowed to go out
…manakala yang bertugas akan beratur bagi latihan kebakaran serta cucian petang.
…while those on duty will line up for fire drill and evening cleaning.
Kru kapal akan menikmati makan malam pada jam 1800 hingga 1900.
The ship crew will enjoy dinner from 1800 to 1900.
Jam 1925, kru yang bertugas akan beratur bagi upacara Menurunkan Panji-panji.
At 1925, the on-duty crew will line up for the Flag Lowering Ceremony.
Masa bagi upacara ini berubah-ubah mengikut masa terbenam matahari.
The time for this ceremony varies according to the sunset time.
Jam 2000 pula, Pegawai Bertugas Harian akan melaksanakan lawatan malam di semua bahagian kapal
At 2000, the Officer of the Day will carry out a night inspection in all parts of the ship
…bagi memastikan keadaan kapal sentiasa selamat, bersih dan bersedia untuk diaturgerakkan.
…to ensure the ship’s condition is always safe, clean and ready to be mobilised.
Pada jam 2230, kru kapal akan berehat untuk meneruskan rutin pada keesokan harinya.
At 2230, the ship crew will rest to continue the routine on the next day.