Kuliah5: Sorotan Literatur dalam Penulisan Akademik Flashcards
Di manakah kedudukan sorotan literatur
dalam cadangan penyelidikan sesebuah
kajian akademik?
i. Pengenalan kepada kajian
- penjelasan umum kajian yang akan dilakukan
ii. Objektif Kajian
- menjelaskan objektif sesebuah kajian
iii. Pendekatan Teori
- membincangkan teori yang akan
digunakan dalam sesebuah kajian. Teori ini
digunakan sebagai asas/panduan kepada
perbincangan/rumusan dalam kajian
iv. Hipotesis
- andaian asas yang akan/boleh diuji dalam
sesebuah kajian
v. Sorotan literatur
- kajian-kajian lepas yang berkaitan/ada
hubungan dengan kajian yang akan
dilakukan oleh pengkaji dalam kajiannya
vi. Skop kajian
- ruang lingkup/garis yang akan dikaji dalam
sesebuah kajian
vii. Bibliografi
- rujukan-rujukan utama yang mesti/digunakan
dalam kajian
Apakah keperluan Sorotan literatur?
Sorotan literatur adalah perlu sebagai pendedahan dan pemahaman awal kepada kajian yang akan dilakukan nanti.
Ia dapat membuka minda pengkaji dan
menyusun langkah-langkah awal dalam
kajian yang akan dilakukannya.
Apakah maksud “sorotan literatur” ?
Sorotan literatur adalah terjemahan daripada
perkataan English “Literature review” yang
membawa maksud ulasan karya.
Ulasan karya tersebut terdiri dari aspek berikut:
i.sorotan literatur tentang teori dan perspektif
ii. sorotan literatur tentang metodologi
iii. sorotan literatur tentang dapatan kajian lepas
Para penyelidik melakukan sorotan untuk
mengkaji,
membandingkan atau mengkritik sesama mereka
terhadap dapatan kajian demi membangunkan ilmu
pengetahuan.
Sebab utama menulis sorotan literatur adalah:
i.menghubung kait dan memantapkan the body of
knowledge.
ii. Pada permulaan penulisan projects/articles/thesis
kita cuba memadankan gambaran fenomena yang di kaji dengan implikasinya dengan bidang ilmu
pengetahuan atau pengajian kita.
iii. Justeru sorotan literatur membolehkan penulis
membangunkan pemikirannya dan membina soalan
atau persoalan atau isu yang menjadi pokok kajian
pada masa kini dengan melihat setakat mana kajian
masa dahulu telah di lakukan dan limitasinya.
Daripada itu, dapat diringkaskan bahawa sorotan literatur
adalah sebagai:
1.Kajian-kajian lepas yang berkaitan yang pernah
dilakukan oleh pengkaji sebelum kita yang
mempunyai kaitan sama ada daripada aspek
teoritikal atau empirikal dengan apa yang
sedang/akan dikaji oleh seseorang pengkaji.
- Sorotan literatur melihat sesebuah disiplin ilmu
akan terus berkembang dengan memahami apa
yang telah dilakukan/diselidiki oleh orang
lain/pengkaji sebelumnya.
3.Melalui sorotan literatur, seseorang pengkaji akan
dapat memahami bidang ilmu, disiplin serta isu
utama dalam kajiannya. Setelah melakukan sesuatu
sorotan literatur, seseorang pengkaji akan dapat
meningkatkan keyakinannya dalam disiplin dan
bidang yang dikajinya.
- Sorotan literatur akan dapat menjelaskan bagaimana
hubungan sesebuah penyelidikan yang sedang
dilakukan oleh seseorang pengkaji dengan kajian-kajian
yang telah dilakukan sebelum ini. Sesebuah kajian yang
baik akan menghubungkan apa yang sedang dikajinya
sekarang dengan the body of knowledge dalam
bidang/disiplin seseorang pengkaji
Cara bagi menghasilkan sebuah sorotan literatur
yang baik dan sistematik
- Takrifkan sesebuah topik kajian dengan jelas
- Penyelidik mesti merancang dan mendefinisikan
tajuk kajian dan soalan kajian dengan jelas
terutama pada peringkat awal kajiannya. - Rancang strategi mencari bahan sorotan
literatur dengan sistematik. - Ikuti proses mencatat data dengan betul
- Pastikan apa yang perlu dicatat dan apa
yang perlu dari sesuatu sumber - Susun nota yang telah dicatat daripada sumber sorotan literatur dengan betul.
Kepentingan Sorotan Literatur
i. To demonstrate a familiarity with a body of
knowledge/Untuk menunjukkan kebiasaan dengan badan pengetahuan
ii. To show the path of prior research and how a
current project is linked to it./Untuk menunjukkan laluan penyelidikan terdahulu dan bagaimana a projek semasa dikaitkan dengannya.
iii. To integrate and summarise what it known in
an area./Untuk menyepadukan dan meringkaskan perkara yang diketahuinya
satu kawasan
iv. Belajar dari pakar/penyelidik terdahulu dan menjana
idea baru:
- sorotan literatur menjelaskan kepada kita
apa yang telah ditemui oleh pengkaji
terdahulu
- sorotan literatur akan dapat memberi idea
kepada pengkaji baru membentuk hipotesis
dan rekabentuk penyelidikan/model sesuatu
kajian
- mustahil seorang penyelidik muda mendapat
idea baru dalam membentuk kajian tanpa
membuat satu sorotan literatur dengan
terperinci
Di mana sorotan literatur boleh dicari?
Sorotan literatur boleh didapati dari pelbagai sumber
bertulis dan sumber internet;
- buku
- artikel dalam jurnal
- disertasi/tesis
- dokumen kerajaan dan lain-lain
Di mana sorotan literatur boleh dicari?
-Sumber buku
-Tesis Ph.D/Disertasi
-Journal Akademik
Sumber buku
Sumber buku merujuk kepada buku yang mengandungi
laporan asli penyelidikan atau koleksi artikel
penyelidikan.
Apabila merujuk sumber buku, perlu dicatatkan perkara
berikut bagi tujuan akademik/memudahkan rujukan
akan datang.
Tesis Ph.D/Disertasi
Semua pelajar Ph.D dikehendaki menyiapkan
sebuah original research..
About half of all Ph.D thesis/dissertation report
on original research, they can be valuable
source of information.
Journal Akademik
Jurnal akademik merupakan medan penyelidik
menyebarkan dapatan baru sesuatu kajian. Scholarly
Journals are the heart of the scientific community’s
communication system.
Many, but not all, scholarly journals may be viewed via
the internet. Usually, this is limited to selected years
and to libraries that paid special subscription fees.
Table of contents of the journal is very useful for
gathering new ideas for research topics, seeing an
established topic in creative ways, or learning how to
expand an idea into new areas.
Scholarly journal adalah tinggi dari segi mutu
akademiknya. Ia tidak begitu mudah difahami
terutamanya bagi pelajar yang baru memasuki
universiti (tahun 1).
Tetapi ia perlu dibaca bagi memantapkan penulisan
sorotan literatur sesebuah kajian kerana penemuan
terkini disebarkan melalui jurnal akademik sebegini
Contoh Jurnal Akademik dalam Sains Sosial:
-American Journal of Sociology
- Sociological Review
- British Journal of Sociology
- European Sociological Review
- Canadian Journal of Sociology