Kuliah1:Pengertian Penulisan Akademik Flashcards
Apa yang dimaksudkan dengan penulisan akademik atau penulisan
ilmiah sains sosial?
Secara umum Penulisan akademik atau ilmiah sains sosial mempunyai
peraturan atau kaedah tertentu yang perlu dipatuhi oleh si-penulisnya.
Penulisan melibatkan pencernaan suatu deraf yang diasaskan kepada
pelan. Sekiranya prapenulisan telah dikendalikan dengan cermat dan
pelan tersebut tersusun secara logik, si penulis bolehlah memberi
perhatian juga kepada pemilihan kata dan struktur ayat biarpun
semasa menyediakan deraf pertama (Kristan Cavina,1995, hal. 29)
Sifat utama penulisan akademik sains sosial adalah
berasaskan epistemologi yang mendasari bidang ilmu
pengajian tersebut.
Siapakah yang berkata sedemikian?
Redman, 2001: 20
Apakah makna espistemologi?
Espistemologi adalah asal-usul idea tentang adakah
penulisan tersebut saintifik iaitu maklumat yang dikutip itu sah atau dinyatakan sumbernya
Ciri-ciri penting penulisan sains sosial berasaskan
epistemologi ini ialah:
1) Setiap hujah penulisan mestilah di sokong oleh evidence(bukti atau fakta). Bukti ini biasanya diperolehi melalui penyelidikan yang mendalam dan sistematik.
2) Menggunakan teori untuk mengembangkan penjelasan tentang bagaimana dunia sosial berlaku (bukti realiti). Teorilah yang akan membentuk social scientific knowledge yang penulis lahirkan.
Contoh: Does Prison Work?
Bagi policy oriented social scientist dan critical
social scientist guna maklumat atau bukti yang
sama tetapi membuat kesimpulan hujah yang
berbeza mengiku perspektif masing-masing
Definisi Penulisan Ilmiah menurut abu bakar,1986
Penulisan ilmiah lazimnya bercorak penjelasan
iaitu mengemukakan sesuatu teori, laporan kajian
makmal atau kerja luar dan membuat pemerian
yang terperinci tentang sesuatu kegiatan ilmu
seperti penyelidikan yang telah dijalankan.
Penulisan ilmiah boleh juga mengambil bentuk
analisis yang kritis terhadap sesuatu teori atau
pendapat yang telah diterima ataupun ulasan
sebuah buku. Ada juga penulisan ilmiah yang
bersifat berfalsafah dan berspekulasi tentang
sesuatu
Peraturan Penulisan Akademik Sains Sosial
1)Menulis dengan menggunakan ‘your own words’
2)Menjawab soalan yang dibangkitkan dalam tulisan
tersebut
3)Struktur Persembahan idea dan kandungan penulisan
4)Gaya dan Tatabahasa
Jelaskan secara ringkas peraturan penulisan akademik sains sosial.
i. Menulis dengan menggunakan ‘your own words’
Peraturan yang paling penting ialah idea yang hendak disampaikan seharusnya
dianalisis berdasarkan fakta dan bukti yang munasabah dan boleh diterima
dalam dunia akademik.
Tulisan seharusnya berfokus dan berobjektif. Data-data dicanai dengan cara
mengolah mengikut jenis arahan sama ada menganalisis, menilai, membanding,
menerangkan atau membezakan.
Jelaskan secara ringkas Peraturan Penulisan Akademik Sains Sosial
-Menjawab soalan yang dibangkitkan dalam tulisan
tersebut
Hujah-hujah seharusnya padat dan bernas. Point-point penting dibincangkan
dengan mendalam dan di atas pertimbangan yang wajar serta berkaitan antara
satu dengan lain.Elakkan daripada membuat andaian umum dan hujah yang
lemah dan tidak bertanggungjawab.
Penyusunan bahan-bahan adalah jelas,
Jelaskan secara ringkas Peraturan Penulisan Akademik Sains Sosial
1)Struktur Persembahan idea dan kandungan penulisan
Struktur artikel bertalian secara logik.
Struktur menjelaskan perjalanan fikiran yang terarah, hujah dan bentuk dinyatakan dalam pola yang konsisten.
Elakkan daripada menulis esei yang tidak tersusun dan mengelirukan.
Ayat dan idea mestilah berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
Elakkan membuat kesimpulan tidak merumuskan point-point penting dalam pokok perbincangan.
Jelaskan secara ringkas Peraturan Penulisan Akademik Sains Sosial
-Gaya dan Tatabahasa
Perkataan-perkataan yang digunakan adalah sesuai, make sense in the context in which they are used.
Elakkan penggunaan perkataan yang kabur tanpa makna, perkataan berulang.
Ayat-ayat adalah ditulis dengan betul dan jelas dari segi tatabahasa dan menggunakan punctuation tanda baca yang betul.
Elakkan daripada membuat ayat tergantung dan tatabahasa yang lintangpukang.
Dalam tulisan akademik ejaan, laras bahasa nahu/tatabahasa adalah baik.
Berikan 3 Struktur Penulisan Akademik
yang Standard.
1)Pengenalan
2)Kandungan
3)Kesimpulan
Struktur Penulisan Akademik
yang Standard dlm “Pengenalan”
-memperkenalkan subjek -menyatakan tujuan tulisan
itu dibuat dan apakah yang hendak dibincangkan dalam tulisan tersebut bagi penulisan latihan ilmiah atau tesis anda perlu menyatakan pernyataan masalah/hipotesis.
-menyatakan pendirian anda mengenai subjek yang dikaji.
Struktur Penulisan Akademik
yang Standard dlm “Kandungan”
dalam bahagian ini anda perlu mengajukan fakta dan bukti yang boleh menyokong idea dan hujah yang berkaitan dengan subjek
Struktur Penulisan Akademik
yang Standard dlm “Kesimpulan”
adalah rumusan mengenai perkara pokok yang
dibincangkan dalam Kandungan. Anda perlu memberi pandangan atau keputusan sendiri.