Kuliah3: Pola Penulisan Akademik dan Fungsi Penomboran, Susunan serta Perenggan Flashcards
Apakah fungsi penulisan?
Fungsi penulisan adalah untuk menyusun, mengatur
dan menghurai fakta, maklumat dan data.
Mengapakah susunan dan penomboran amat perlu?
memastikan idea dan maklumat yg ingin disampaikan disusun dgn teratur
Angka dan nombor dlm penulisan akademik bnyk berkait dgn data berbentuk apa?
Berbentuk kuantitatif
Data yang dikutip menerusi kaedah ini (Pola Penulisan Akademik dan Fungsi Penomboran, Susunan serta
Perenggan) lazimnya dipersembahkan dalam bentuk?
jadual, geraf dan carta.
Apakah bahagian yg paling penting dlm kajian?
mengutip data. Tanpa kutipan data bermakna tidak ada projek yg hendak dilaporkan.
Adakah pelbagai kaedah mengutip data menjejaskan hasil kajian?
Tidak kira apa kaedah yang digunakan untuk mengutip
data, seorang penulis memerlukan pendekatan yang
sistematik untuk ‘menyampaikan’ atau ‘mempertontonkan’ data yang diperolehi kepada
pembaca.
Jelaskan data berbentuk kuantitatif
datang dalam bentuk angka dan nombor (statistik).
Sebutkan jenis carta
-carta pai
- geraf palang (menegak/mendatar)
- geraf garis
Terdapat pelbagai pola dalam penulisan akademik
atau penulisan ilmiah dan lazim digunakan oleh penulis
adalah:
i. Naratif
ii. Deskriptif
iii.Eksposisi
iv.Argumentatif
Pemilihan pola penulisan Ilmiah yg sesuai
Pemilihan pola penulisan ilmiah yang sesuai
bergantung kepada tujuan dan jenis penulisan ilmiah
tersebut.
Terangkan secara jelas pola naratif
Pola penulisan naratif – penulis cuba menceritakan
sesuatu kejadian atau peristiwa dimana
penceritaan tersebut pembaca seolah-olah melihat
atau mengalami sendiri peristiwa atau kejadian
tersebut
Apakah unsur utama pola penulisan naratif
peristiwa, perbuatan atau tindakan tersebut berlaku dalam satu waktu
Apakah jenis penulisan Ilmiah yg lazim digunakan dlm bentuk pola penulisan naratif?
Artikel atau rencana
Sebutkan 2 penulisan pola naratif
-pola naratif ekspositoris
-pola sugestif
Jelaskan secara terperinci penulisan pola naratif ekspositoris
-pola naratif ekspositoris iaitu penulisan yang
menceritakan peristiwa atau kejadian yang benar-benar
berlaku dalam kehidupan sebenar.
-Pola penulisan ekspositoris bersifat umum dan
selalunya digunakan untuk menyampaikan maklumat
tentang sesuatu proses umum yang berulang (misalnya
‘prosedur sesi kaunseling pelajar bermasalah’)
Jelaskan secara terperinci pola penulisan naratif sugestif
pola sugestif lebih menekankan kepada daya imiginasi
penulis. Pembaca akan menerima atau menolak, merasa simpati atau antipati secara subjektif (contoh; Proses
pembadaran dan masalah banjir kilat di Kota Kinabalu)
Terangkan secara jelas pola penulisan diskriptif
Pola penulisan diskriptif adalah penulisan yang
menerangkan sesuatu kejadian atau peristiwa secara hidup seolah-olah pembaca melihat sendiri kejadian atau peristiwa tersebut.
Jelaskan diskriptif ekspositoris
Diskriptif eskspositoris menekankan kepada pencirian atau memberi maklumat mengenai sesuatu objek (misalnya wabak penyakit coxsackie bukan ancaman baru).
Jelaskan diskriptif sugestif
Diskriptif sugestif penulis berusaha mempengaruhi
pembaca menggunakan daya imiginasinya untuk
menghayati objek yang dipaparkan (misalnya piramid aneh atau rumah canggih).
Terangkan dgn jelas pola eksposisi
Pola penulisan eksposisi adalah pemaparan idea
penulis seperti kertas kerja, rencana, artikel jurnal dan
disertasi.
- Penulis perlu memiliki ilmu pengetahuan dan
maklumat secara mendalam berkaitan subjek yang
dikaji atau ditulis (contoh bahaya plastik pvc)
Terangkan secara jelas pola argumentatif
-penulis mempengaruhi sikap dan pendapat
pembaca mengenai sesuatu isu atau perkara.
- Dalam pola penulisan ini penulis akan
mengemukakan bukti, contoh, alasan untuk
menyakinkan pembaca agar dapat menerima
penulisannya.
-Penulisan ilmiah pola ini adalah disertasi, rencana,
artikel jurnal. (Contoh, Teknologi ict dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di universiti awam di
Malaysia).
Mengapakah susunan nombor dlm sesebuah penulisan itu penting?
Dalam sesebuah penulisan, susunan nombor sangat penting bagi memastikan idea dan maklumat yang ingin disampaikan disusun dengan teratur.
Penomboran adalah cara menggunakan bilangan sama ada nombor, huruf, perkataan atau frasa
Sumber mna yg mendefinisikan ayat trsbt?
Gaya Dewan, 1990
Apakah penomboran yg kerap digunakan?
Penomboran yang kerap digunakan ialah nombor roman dan nombor Arab.