ekonomi b5 kesan pengangguran dari segi ekonomi dan sosial Flashcards
Taraf hidup dan kebajikan penduduk menurun. (kesan ekonomi)
● pengangguran menyebabkan pendapatan negara sebenar lebih rendah berbanding pendapatan negara potensi.
● kesannya taraf hidup dan kebajikan rakyat menjadi lebih rendah berbanding jika ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.
Pendapatan negara menurun. (kesan ekonomi)
● pendapatan masyarakat yang berkurang menyebabkan firma terpaksa kurangkan output kerana masyarakat terpaksa mengurangkan perbelanjaan mereka.
● ini menyebabkan ekonomi menguncup disebabkan kurangnya perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan agregat dan seterusnya menurunkan pendapatan negara
Pembangunan ekonomi terjejas. (kesan ekonomi)
● pengangguran akan mengurangkan pendapatan isi rumah dan keuntungan firma dan ini akan mengurangkan kutipan hasil cukai kerajaan.
● hasil cukai yang merosot akan jejaskan keupayaan kerajaan untuk biayai projek pembangunan
Menjejaskan pertumbuhan ekonomi
● pengangguran yang serius tidak akan menggalakkan pelaburan yang baru kerana firma masih mempunyai kapasiti pengeluaran yang berlebihan.
● tingkat perbelanjaan agregat yang rendah kesan kemelesetan ekonomi juga akan mengurangkan keinginan pelabur dan ini menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Pembaziran sumber ekonomi. (kesan ekonomi)
● pengangguran menyebabkan tenaga buruh dan faktor – faktor pengeluaran yang lain tidak dapat digunakan sepenuhnya.
● kesannya keluaran negara akan berkurang dan tidak akan dapat mencapai pendapatan negara potensi atau pendapatan negara GTP
Menimbulkan masalah kekeluargaan. (kesan sosial)
● pengangguran menyebabkan individu hilang punca pendapatan dan menyebabkan keperluan serta kehendak ahli keluarga tidak dapat dipenuhi.
● kesempitan hidup menyebabkan masalah kekeluargaan seperti pertengkaran dan penceraian
Peningkatan kes jenaya dan masalah sosial. (kesan sosial)
● kadar pengangguran yang semakin meningkat akan menimbulkan masalah jenayah seperti rompakan dan kes penipuan.
● hal ini disebabkan desakan hidup untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.
. Ketidakstabilan politik. (kesan sosial)
● masalah pengangguran yang berlarutan akan timbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan rakyat terhadap pemerintah.
● kestabilan politik terjejas bila penduduk adakan demonstrasi, tunjuk perasaan dan huru hara
Kehilangan kemahiran dan keyakinan diri para penganggur. (kesan sosial)
● buruh yang lama menganggur akan hilang kemahiran dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan.
● kegagalan mendapat pekerjaan setelah banyak kali mencuba akan menyebabkan buruh hilang keyakinan diri dan buruh mungkin mengalami tekanan jiwa