ekn b7 faedah yang diperolehi apabila negara – negara berdagang antara satu sama lain. Flashcards
Mendapat barang yang tidak dikeluarkan dalam negara
i. PAB membolehkan negara eksport keluaran lebihan yang dihasilkan dengan keluaran yang tak mampu dihasilkan dalam negara untuk penuhi keperluan dan citarasa.
ii. Kesannya kebajikan masyarakat meningkat kerana masyarakat dapat menikmati barang yang tidak dapat dihasilkan dalam negara
● Mempelbagaikan barangan dan meluaskan pasaran.
i. PAB membolehkan sesebuah negara memasarkan keluaran tempatan ke pasaran antarabangsa dan ini akan meluaskan pasaran.
ii. Ini akan menggalakkan pengeluar untuk keluarkan barang secara besar – besaran dan sumber ekonomi dapat diguna secara optimum dan nikmati faedah ekonomi bidangan.
● Menikmati faedah pengkhususan
i. PAB akan menggalakkan pengkhususan dan kesannya barang dapat dihasilkan dengan lebih cekap dengan kos yang lebih murah.
ii. Negara yang melakukan pengkhususan dan PAB akan memperoleh lebih banyak barang berbanding sebelum PAB
Mendapat teknologi dari negara maju.
i. PAB membolehkan negara kurang maju yang memiliki banyak bahan mentah membina industry dengan bantuan teknologi dari negara maju.
ii. Pemindahan teknologi dan kepakaran ini akan meningkatkan pengeluaran dengan kos yang lebih rendah.