Ekonomi B5 jns pengangguran dan cara atasi Flashcards
Pengangguran geseran.
● disebabkan oleh penyebaran maklumat berkaitan peluang kerja serta mobiliti buruh yang tidak sempurna di pasaran buruh dan bersifat sementara serta tidak serius.
● cara atasi : tingkatkan kecekapan penyebaran maklumat tentang peluang kerja melalui pelbagai saluran dan tingkatkan mobiliti buruh dengan perbaiki sistem perhubungan dan pengangkutan.
Pengangguran kitaran.
● disebabkan oleh permintaan terhadap buruh berkurang kesan dari masalah kemelesetan ekonomi dan bersifat jangka masa panjang serta merupakan masalah yang serius.
● cara atasi : melaksanakan dasar fiscal mengembang dan dasar kewangan mengembang untuk tingkatkan permintaan agregat (AE) seterusnya meningkatkan guna tenaga dalam ekonomi
Pengangguran struktur
● perubahan struktur ekonomi misalnya dari sektor pertanian ke sektor perkilangan menyebabkan sebahagian tenaga buruh menganggur kerana tiada kemahiran kerja untuk sektor lain dan bersifat jangka masa panjang.
● cara atasi : program latihan semula untuk kuasai kemahiran baru
●membuat perancangan sumber manusia dengan tepat untuk sediakan buruh yang sesuai dengan kehendak ekonomi masa depan.
Pengangguran teknologi
● disebabkan oleh permintaan terhadap buruh makin berkurangan kesan penggunaan teknologi baru dalam proses pengeluaran yang menggantikan kerja yang dilakukan buruh.
● cara atasi : kerajaan menggalakkan industri yang berintensifkan buruh dengan memberi pelbagai intensif seperti pemberian taraf perintis
Pengangguran bermusim
● disebabkan oleh kesan perubahan musim dan buruh terpaksa menganggur untuk sementara waktu contohnya nelayan yang tidak dapat turun ke laut semasa musim tenkujuh.
● cara atasi : kerajaan menggalakkan pembangunan industri desa seperti industri batik dan kraftangan untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja.
Pengangguran tak ketara/tersembunyi.
● disebabkan bilangan buruh yang digunakan untuk suatu kegiatan ekonomi melebihi tenaga buruh yang diperlukan.
● cara atasi : mengadakan rancangan pembukaan tanah baru seperti KEJORA, KETENGAH atau menarik lebih banyak pelaburan masuk dalam negara supaya lebih banyk peluang kerja dicipta