ekn b7 bagaimana kerajaan mengatasi defisit dalam akaun imbangan pembayaran. Flashcards
● Pemberian subsidi eksport. (atasi imbangan dagangan)
Subsidi eksport akan mengurangkan kos pengeluaran dan firma akan dapat hasilkan pada kuantiti yang banyak dan jual dengan harga yang lebih murah. ii. Kesannya eksport akan meningkat dan mengurangkan defisit imbangan pembayaran.
● Mengenakan cukai import (atasi imbangan dagangan)
Cukai import akan menaikkan harga barang import dan mengurangkan kuantiti barang import seterusnya meningkatkan penggunaan barang tempatan. ii. Kesannya eksport akan meningkat dan import berkurang seterusnya mengurangkan defisit imbangan pembayaran
● Mengurangkan nilai matawang negara. (atasi imbangan dagangan)
Tindakan kerajaan kurangkan nilai matawang negara menyebabkan harga eksport jadi lebih murah dan harga barang import jadi mahal seterusnya meningkatkan penggunaan barang tempatan. ii. Kesannya eksport akan meningkat dan import berkurang seterusnya mengurangkan defisit imbangan pembayaran
● Kawal tukaran asing untuk hadkan import. (atasi imbangan dagangan)
Bank Pusat boleh menghadkan jumlah dan jenis barang diimport dengan cara mencatu pertukaran matawang asing. ii. Kesannya eksport akan meningkat dan import berkurang seterusnya mengurangkan defisit imbangan pembayaran.
● Menggalakkan industry pelancongan (atasi imbangan perkhidmatan)
i. adakan promosi di luar negeri dan program – program aktiviti pelancongan seperti ‘Tahun Melawat Malaysia’ serta pengecualian cukai kepada pengusaha pelancongan tempatan.
ii. Kesannya kemasukkan pelancong meningkat dan seterusnya mengurangkan defisit imbangan pembayaran
● Meluaskan perkhidmatan tambang dan insurans (atasi imbangan perkhidmatan)
Meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan seperti promosikan KLIA, pelabuhan dan perkhidmatan kerkapalan tempatan. ii. menggalakkan pengeksport untuk menggunakan perkhidmatan insurans tempatan dan ini akan mengurangkan defisit imbangan pembayaran.
● Memperbaiki perkhidmatan lain. (atasi imbangan perkhidmatan)
Menggalakkan sektor swasta untuk mengeksport perkhidmatan mereka dengan melabur dalam aktiviti yang meningkatkan kualiti dan inovasi keluaran. ii. ini akan mengurangkan defisit imbangan pembayaran perkhidmatan lain seperti perkhidmatan professional, bayaran royalty dan yuran francais.