Bab 4: Laras Bahasa Flashcards
apakah definisi laras bahasa?
laras bahasa merupakan ciri khusus penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan bidang
huraikan dua ciri laras bahasa
Ciri laras bahasa dipertimbangkan berdasarkan dua faktor utama, iaitu ciri
keperihalan dan ciri linguistik.
4.1 Ciri Keperihalan
(a) Situasi luaran
Keadaan latar belakang sosial dan kebudayaan masyarakat dan cara hidup
yang menjadi penentu kepada perlakuan-perlakuan anggota masyarakat.
(b) Situasi persekitaran
Aspek-aspek cara penyampaian, perhubungan sosial yang wujud, bahan
dan topik yang diperkatakan, dan fungsi sosial bahasa.
4.2 Ciri Linguistik
Berkait dengan kosa kata, tatabahasa, dan gaya penyampaian (formal atau tidak
formal).
nyatakan semua jenis laras bahasa (ada 8)
- laras sains
- laras ekonomi
- laras sastera
- laras sukan
- laras agama
- laras undang-undang
- laras resipi
- laras iklan
huraikan laras sains
(a) Laras bahasa sains merupakan laras yang memperlihatkan ciri-ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan
hal-hal yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
Ciri-cirinya:
(i) Penulisannya banyak menggunakan kata nama dan ragam ayat pasif.
(ii) Ada penggunaan formula atau rumus yang berkaitan dengan sains.
(i) Penulisannya bersifat saintifik, formal, objektif, dan mementingkan ketepatan makna.
(iv) Maklumat yang disampaikan berdasarkan kajian, fakta, dan eksperimen.
(v)Penggunaan perkataannya tepat dan meninggalkan kata-kata yang lewah.
(d) Contoh kosa katanya:
Asid nitrik, glukosa, natrium klorida, magnesium oksida
(bidang kimia)
Ekosistem, membran sel, organisme, multisel,
persenyawaan (bidang biologi)
Daya tujahan, halaju seragam, kanta cembung, sinar cahaya, sudut pantulan (bidang fizik), dan lain-lain(e) Contohnya:
Laras bahasa sains (bidang kimia)
Plastik ialah bahan sintetik yang dapat dibentuk dan diacu dengan mudah. Lazimnya, plastik diperbuat dengan menyatukan atom karbon dan atom hidrogen Gabungan ini membentuk molekul etena yang boleh disatukan untuk menghasilkan plastik yang dikenali sebagaimolitena. Terdapat juga plastik yang diperbuat daripada cecair dan gas yang diekstrak daripada minyak mentah.
huraikan laras bahasa ekonomi
(a) Laras bahasa ekonomi merupakan laras yang memperlihatkan ciri-ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi.
Ciri-cirinya:
Fakta yang diberikan benar-benar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.
(i) Gaya kepengarangannya baik, dengan unsur-unsur kohesi dan koheran jelas dan terkawal.
(ii) Penulisannya banyak menggunakan graf, carta, dan jadual untuk memaparkan maklumat tertentu,contohnya kadar kenaikan dan penurunan harga barangan.
(iv) Maklumat disampaikan secara tersusun, jelas, dan eksplisit (tersurat).
(c) Contoh kosa katanya:
Eksport, import, lebihan dagangan, nilai mata wang, pasaran
semasa, pemintaan, penawaran, pasaran saham, dan sebagainya.
huraikan laras bahasa undang-undang
Laras bahasa undang-undang merupakan laras bahasa yang memperlihatkan ciri-ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang.
(c) Ciri-cirinya:
(i) Mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan, dan keterperincian
(ii) Lazim menggunakan ayat majmuk yang panjang-panjang sehingga tidak begitu mementingkan ketepatan tatabahasa,
(iii) Menggunakan banyak istilah dan kosa kata bahasa pinjaman, terutamanya bahasa Inggeris dan bahasa Latin
(iv) mempunyai penomboran yang sistematik
huraikan laras bahasa agama
Laras bahasa agama merupakan laras bahasa yang memperlihatkan ciri-ciri yang khusus yang digunakan untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan agama
Ciri-cirinya:
(i) Teks yang diungkapkan untuk memperkatakan hal ehwal agama
(i) Menggunakan tamsil dan ibarat untuk memberikan pengajaran dan penjelasan
(iii) Banyak memberikan tafsiran mengenai sesuatu berdasarkan al-Quran dan hadis
(iv) Pengaruh bahasa Arab amat ketara, terutamanya dari segi struktur ayat dan kosa kata.
(v) Menggunakan istilah agama
(vi) Menggunakan ayat yang panjang-panjang
Contoh kosa katanya:
Hadis, afdal, halal, mukmin, al-Quran, surah, ibadah, amal, tauhid, sujud, dan lain-lain
(e) Contohnya:
Contoh 1: Laras bahasa agama tentang rasuah
“Dan sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang babPdan janganlah kamu menghulurkan harta kamu(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak(mengambil) sebahagian daripada harta orang lain itu dengan jalan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui(salahnya).”
Surah Al-Baqarah ayat 188
huraikan laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman yang menjurus tema, kronologi, dan mesej yang disampaikan.
Laras bahasa ini mempunyai istilah khusus tentang sastera yang bersifat figuratif, iaitu penyimpangan makna daripada bahasa biasa.
(d) Ciri-cirinya:
(i) Kreatif dan imaginatif
(ii) Mesejnya kabur kerana mengandungi makna tersirat.
(iii) Kurang menekankan aspek ketepatan tatabahasa
(iv) Puitis dan hidup, kerana adanya unsur-unsur monolog,
(v) Mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata yang berkesan
(vi) Menggunakan gaya bahasa yang indah dan menarik (perlambangan, personifikasi, metafora, simile, peribahasa, kiasan, ilusi, dan sebagainya)
(e) Contoh laras bahasa sastera
MaSt: ado Erindahan
Contoh 1: Laras bahasa sastera dalam novel
“Hilmy jangan susah,” kata Siti Salina menyambung terus.”Kakak akan tolong Hilmy. Kalau ada apa-apa kesusahan tentang duit buku seumpamanya, cakaplah kepada kakak.Kakak tahu sekolah orang putih banyak pakai buku dan banyak pakai duit. Cakaplah pada kakak bila sahaja Hilmy perlukan wang sekolah. Kalau kakak ada duit, kakak beri, kalau kakak tak ada, kakak tolong carikan,” suara Siti Salina begitu bersungguh-sungguh. Dan Siti Salina juga merasakan bahawa dia tidak berkata-kata kepada orang lain, tetapi kepada adiknya sendiri, adik yang ingin diberinya sebanyak-banyak pelajaran, satu keinginan yang selalu dirasakannya akhir-akhir ini.
huraikan laras bahasa sukan
Laras bahasa sukan menggunakan bahasa yang ringkas bersahaja, dan jelas. Kosa kata yang digunakan lebih mudah difahami bagi menyampaikan maklumat kegiatan sukan.
Sebahagian besar ayat yang digunakan dalam laras bahasa ini terdiri daripada ayat penyata dan ayat tunggal, Subjek ayat mendahului predikat. Ayat majmuk juga digunakan untuk menjelaskan sesuatu fenomena supaya maklumat yang disampaikan lebih jelas kepada pendengar atau pembaca.
Ciri-cirinya:
(i) Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
(ii) Mementingkan kesan emotif kepada audiens
(ii) Menggunakan istilah-istilah yang berkaitan dengan aktiviti sukan
(iv) Menggunakan kosa kata biasa tetapi dengan maksud yang menyegarkan
Contoh laras bahasa sukan
Contoh 1: Laras bahasa sukan dalam permainan sepak takraw
Dalam acara antara tegu berpasukan,Thailand menurunkan Sitipong Kamchat selaku tekong. Perhatikan bagimanana servis yang dilakukan tadi. Pongchaikakiau diturunkan dalam set yang pertama ini. Patarapong Yubadi bertindak sebagai apit kanan. Afifudin, merupakan killer utama pasukan Malaysia. Foo Chai, o000 cantik. Masih lagi dalam saingan. Dapat diangkat oleh Amirul tadi Namun, perhatikan libasan Pongchaikakiau gagal untuk dibendung oleh regu negara. 20- 11 ketika ini. Regu pertama Thailand memenangi set yang pertama ini.
huraikan laras bahasa resipi
Laras bahasa resipi digunakan dengan tujuan untuk memberikan maklumat dan tunjuk ajar tentang sesuatu masakan kepada khalayak.
Laras bahasa ini juga diperluas penggunaannya untuk tujuan perniagaan dan perkongsian ilmu masakan dengan orang lain. Banyak buku resepi masakan diterbitkan saban hari.
Ciri-cirinya:
(i) Banyak menggunakan ayat perintah
(ii) Bahasanya ringkas, tepat, dan jelas
(iii) Banyak menggunakan kata kerja bentuk tunggal
(iv) Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa
(v) Kosa kata berkaitan dengan pemakanan dan masakan
(vi) Penjelasan mengikut turutan dan berkesinambungan (ketenunan)
Contohnya:
Cara memasak:
Masak air bersama gula merah dan gula pasir. Tapis
dan sejukkan. Ketepikan dulu.
Campur kedua-dua tepung ke dalam satu bekas.
Bancuh bersama air gula tadi. Ketepikan dulu.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tuang satu senduk adunan tadi ke dalam kuali. Gunakan api pelahan.
4. Biarkan ia membentuk di dalam kuali dan kemudian
terbalikkan kuih tersebut.
5. Angkat dan toskan. Ulangi langkah ini hingga selesai.Sedia dinikmati panas. Enak dinikmati bersama secawan teh o panas.
huraikan laras bahasa iklan
Laras bahasa iklan merangkumi semua jenis iklan, termasuk iklan pada papan tanda, iklan tender, iklan promosi barangan,iklan jawatan kosong, dan lain-lain.
Laras bahasa iklan digunakan dengan tujuan untuk memperkenalkan barangan atau perkhidmatan yang hendak diniagakan.
Ciri-cirinya:
(i) Bahasanya ringkas
(ii) Mementingkan ketepatan diksi
(iii) Bahasanya kreatif dan berkesan
(iv) Banyak menggunakan kata adjektif
(v) Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa
(vi) Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi
(vii) Meppengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan atau mengubah sikap, dan seterusnya melakukan tindakan
(g) Contohnya:
Contoh 1: Iklan jualan murah
Jualan gudang di Pasar Raya Mesra. Potongan harga sehingga 80% untuk semua barangan keperluan. Pelanggan berbelanja sehingga RM500.00 dalam satu resit pembelian akan diberikan baucer bernilai RM50.00. Datanglah beramai-ramai ke pasar raya kami.
nyatakan semua kaedah penghasilan iklan (ada 7)
kaedah perkaitan konsep
kaedah bandingan
kaedah slogan
kaedah pernyataan
kaedah gesaan
kaedah umpanan
kaedah pertanyaan
huraikan kaedah perkaitan konsep bagi laras iklan
(i) Kaedah perkaitan konsep
Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan sesuatu produk dengan sesuatu yang mempunyai nilai komersial atau individu yang terkenal.
Contohnya, seorang artis terkenal dikaitkan dengan sesuatu produk untuk menarik perhatian pelanggan. Artis berkenaan akan menyatakan sesuatu yang berupa ayat-ayat atau laras-laras tertentu yang dapat dijadikan tarikan barangan yang diniagakan. (billie eilish with her converse collab)
Contohnya:
√Lelaki maskulin dengan Hugo Boss
√Artis X dengan Tilam Jenama Y
huraikan kaedah bandingan bagi laras bahasa iklan
(i) Kaedah bandingan
Kaedah ini dibuat dengan cara membandingkan sesuatu barangan dengan barangan lain
Contoh:
√Serbuk pencuci berjenama X lebih berkuasa
berbanding serbuk pencuci berjenama Y.
√Semburan fabrik berjenama POTU, lebih harum,
lebih wangi, lebih jimat.
huraikan kaedah slogan bagi laras bahasa iklan
(iii) Kaedah slogan
Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan bagi sesuatu pertubuhan atau syarikat pengeluar barangan. Slogan dicipta sebagai ‘trademark’ sesuatu barangan.
Contohnya:
√”Q Cerah, Q Cerah, Barulah Cerah”