Bab 1: Wacana Flashcards
Maksud wacana
unit bahasa yg mempunyai kesatuan fikiran yg utuh dan melebihi batas ayat.
Ciri-ciri wacana
Kohesi (tautan idea yg erat antara kata,frasa dan ayat utk hasilkan wacana yg utuh)
Kamal & Shahira berasa gembira. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA
Koheren (kesinambungan idea yg disusun teratur utk menjadikan suatu teks itu bermakna & difahami)
Jam menunjukkan pukul 7pg. Mas. kota sdh mula bergegas ke tempat kerja. J/raya mnjadi sesak
KONSEP wacana
-Merupakan satuan bahasa yang lengkap
-Penggunaan bahasa yang kemas
-Mempunyai kesinambungan atau tautan idea
Jenis-jenis penanda wacana
- Penanda penghubung (5)
- penanda rujukan
- penanda penggantian
- penanda elipsis
- penanda leksikal
Apakah jenis-jenis penanda penghubung?
- tambahan
ialah penanda penghubung yang berfungsi untuk menambahkan maklumat berkaitan dengan sesuatu yang telah dinyatakan dalam ayat (selain itu, di samping itu, selanjutnya, tambahan pula) - tentangan
ialah penanda penghubung yang berfungsi untuk menyatakan sesuatu maklumat yang bertentangan denagn maklumat yang dinyatakan. (sebaliknya, namun demikian, walau bagaimanapun, begitupun,) - musabab
ialah penanda penghubung yang menyatakan sebab sesuatu berlaku.
(oleh itu, maka, dgn demikian, oleh sbb itu) - tempoh
merupakan penanda penghubung yang menunjukkan tempoh ataupun urutan masa bagi sesuatu peristiwa/kejadian.
( mula-mula, pada awalnya,selepas itu,akhirnya) - kesimpulan
ialah kata atau frasa yang digunakan untuk menyimpulkan atau merumuskan sesuatu yang telah dinyatakan sebelumnya.
(tegasnya, jelas sekali, sebagai rumusan, kesimpulannya dan pendek kata)
Apakah penanda rujukan?
ialah kata atau frasa yang digunakan untuk merujuk sesuatu iaitu benda, perkara, tempat, atau orang yang disebut dalam wacana
cth
Kassim, Azim, Harun dan saya menaiki kereta ke Melaka. Kami ke sana untuk menziarahi bekas guru kami. Beliau sekarang kurang sihat.
Apakah penanda penggantian?
penggantian suatu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana yang sama
cth
Kami belum bercadang utk mengulang kaji pelajaran. Kami akn melakukannya menjelang peperiksaan
Apakah penanda elipsis?
Iaitu penghilangan kata,frasa & klausa yang disebut sebelumnya dalam sesebuah wacana
cth
Aku & dia sama-sama mahasiswa. Ø Ke kuliah bersama-sama. Ø Pulang juga bersama-sama
Apakah penanda leksikal? (ada 4)
i. Pengulangan Kata Yang Sama
Dia sudah hilang segala-galanya. Dia hilang tempat bergantung. Hilang kasih sayang. Dia juga sudah hilang harapan
ii. Pengulangan Kata Bersinonim
Dia menjawab soalan itu dengan ghairah sekali. Dia sememangnya amat teruja
iii. Pengulangan Kata Berhiponim
Anak-anak burung yang dijual di kedai itu kelihatan cantik dan segar. Antaranya punai, pipit dan kasawari
iv. Kata Berkolokasi
Setiap hari ibu ke pasar. Ibu membeli sayur dan ikan
Huraikan semua 8 kesinambungan idea dalam sesebuah wacana.
1) Sebab Dan Akibat (-Ve)
Dia sering tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, dia diberi surat amaran oleh pihak sekolah
2) Sebab Dan Hasil (+Ve)
Amira merupakan seorang yang peramah. Disebabkan itu, ramai orang yang suka berkawan dengan dia
3) Sebab Dan Tujuan
Amir sedang bertungkus lumus berkerja. Dia ingin mengumpul wang untuk menunaikan ibadah umrah
4) Latar Dan Kesimpulan
Rumah di atas bukit itu sungguh besar. Rupa-rupanya, ia milik seorang arkitek terkenal
5) Syarat Dan Hasil Sekiranya kita hendak berjaya dalam pelajaran, kita mestilah sentiasa mengulang kaji pelajaran
6) Perbandingan
Dia cantik. Tetapi, kakaknya lebih cantik
7) Hubungan Memperkuat Isi
Jambangan bunga itu cantik sekali. Bunganya berwarna-warni danberbauharum
8) Hubungan Aditif
Kaki Aisyah tertusuk paku. Paku itu berkarat dan tajam
Berapakah jenis kesinambungan idea sesebuah wacana?
- sebab dan akibat (-ve)
- sebab dan hasil (+ve)
- sebab dan tujuan
- latar dan kesimpulan
- syarat dan hasil
- perbandingan
- hubungan memperkuat isi
- hubungan aditif