Bab 2: Retorik Flashcards
Maksud retorik ialah
gaya atau seni penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, yang memperlihatkan penggunaan aspek tatabahasa yang betul, diksi yang tepat dan persembahan yang baik untuk menyampaikan idea
Berapa jenis retorik? (ada 5)
- retorik pemerian
- retorik pemujukan
- retorik penceritaan
- retorik pendedahan
- retorik penghujahan
Huraikan retorik pemerian
retorik yang mengandungi pemerihalan tentang sesuatu secara objektif, tepat dan jelas
-Mementingkan ketepatan dan keperincian
-Tiada penilaian,pandangan atau ulasan peribadi
-Memberikan gambaran yang realistik yang dapat dirasa pancaindera
-Bersifat deskriptif dan informatif
BANGUNAN ITU MEMPUNYAI BUMBUNG YG TINGGI & CANTIK. DINDINGNYA DIPERBUAT DRPD BAHAN TERPILIH. DINDING ITU DIHIASI PULA DGN GMBAR BURUNG BERWRNA WRNI.
Huraikan retorik pemujukan
seni pemakaian bahasa yang digunakan untuk mempengaruhi atau mendorong audiens (pembaca atau pendengar) untuk melakukan tindakan seperti yang disarankan oleh penulis dan penutur.
Pemujukan rasional- logik tepat
Pemujukan tak rasional- guna emosi
-Mempengaruhi khalayak supaya bertindak mengikut usul
-Mementingkan penggunaan bahasa ayat yg berkesan
-Memanfaatkan unsur emosi dan psikologi
-Banyk guna kata penguat
Huraikan retorik penceritaan
seni pemakaian bahasa yang digunakan untuk memaparkan urutan peristiwa mengikut turutan tertentu
-bersifat imaginatif dan kreatif
-kurang menitikberatkan ketepatan aspek tatabahasa
-menggunakan gaya bahasa yang menarik dan indah
-mempunyai pelbagai genre
Huraikan retorik pendedahan
seni pemakaian bahasa yang memaparkan takrifan, mengandungi contoh, huraian,pengkelasan, perbandingan, dan lain-lain
-Bertujuan untuk memberikan maklumat
-Digunakan untuk menjelaskan konsep dan istilah
-Menghuraikan sesuatu topik secara objektif
-menggunakan teknik pentakrifan dan analisis
Huraikan retorik penghujahan
seni pemakaian bahasa dalam penulisan atau pengucapan yang mengandungi usul, gagasan, saranan, atau cadangan yang disokong oleh hujah yang kuat
-Disampaikan dengan jelas, berkesan, dan meyakinkan
-Teknik penyampaian adalah secara deduksi, induksi atau analog
-Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan
-Usul jelas dan hujah bernas
cth:
Perpaduan merupakan elemen yg pnting utk kesejahteraan dan keamanan sesebuah Negara. Sekiranya rakyat tdk bersatu padu, maka Negara ini akan mudah dijajah oleh kuasa asing. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bersatu padu.
berapa jenis teknik penyampaian idea? nyatakan
- deduksi (DUK)
- induksi (IKU)
- eklektik (EUKU)
- analogi (bandingan)