Bab 3: Variasi Bahasa Flashcards
apakah maksud variasi bahasa & nyatakan sebab ia wujud.
kelainan pertuturan dalam sesuatu bahasa.
sebab/faktor wujud variasi bahasa:
-Faktor geografi atau kawasan
-Faktor sosial iaitu berkaitan dengan kumpulan penutur
-Faktor kontekstual iaitu hubungan antara peserta dalam sesuatu konteks pertuturan
-Dialek sosial ialah kelainan bahasa yg dituturkan oleh ahli sesuatu kumpulan/lapisan mas.
-Dialek kawasan/daerah ialah dialek yg dituturkan olrh orng di sesuatu tempat
huraikan dialek
Satu variasi bhasa yg dituturkan oleh sekumpulan penutur sesuatu bhasa di sesuatu kawasan
-Tidak mementingkan aspek tatabahasa
-Banyak menggunakan kependekan kata
-Digunakan secara lisan
-Banyak menggunakan kosa kata daerah.
huraikan idiolek
ialah pertuturan dialek oleh seseorang dan cirinya berbeza antara satu individu dengan individu yang lain
- intonasinya yang berbeza
- sebutannya yang berbeza
- gaya pertuturannya yang berbeza
huraikan subdialek
Subdialek merupakan variasi yang wujud dalam sesuatu dialek
huraikan isoglos
Satu garisan dalam peta pembahagian kawasan antara dialek yang menunjukkan perbezaan dalam aspek-aspek linguistik
huraikan diglosia
Menunjukkan sesebuah masyarakat penutur sesuatu bahasa itu menggunakan dua bahasa yang berbeza dalam konteks yang berbeza
huraikan dwibahasa
memperlihatkan seseorang @ individu menguasai dua bahasa pada tahap kefasihan yang sama.
huraikan multibahasa
merujuk kepada seseorang menguasai lebih dua bahasa sama ada pada tahap yg sama atau berbeza.
huraikan bahasa pijin
bhsa yg terhasil drpd cmpuran 2@lbih bhasa yg berlainan
-kosa kata terhad
-tdk patuhi hukum D-M
-kerap menggunakan perkataan punya & banyak
-terdapat percampuran kod dr segi KGND
cth:
GUA MANYAK SUKA SAMA LU PUNYA ANAK.
huraikan bahasa kreol
-bahasa kacukan yang terdiri sekurang-kurangnya dua bahasa(akhirnya jadi bhsa ibunda)bahsa Baba Nyonya & Bhasa Portugis di Melaka(sama ciri dgn pijin)
cth:
GUA MOU MAKAN NASIK
huraikan bahasa pasar
variasi bhasa cmpuran antara BM dgn bhasa lain(Cina & India)
Cirinya sama dgn PIJIN
cth:
JAHAT PUNYA BUDAK. HALI-HALI,BIKIN KACAU SAMA SAYA PUNYA ANAK PELEMPUAN
huraikan bahasa slanga
bhsa yg dituturkan oleh sekumpulan penutur tertentu(remaja,bhasa kutu,bhasa rocker)
-bersifat tidak baku
-digunakan dalam konteks tidak rasmi
-terdapat percampuran kod dari segi kata ganti nama diri
-kosa katanya mempunyai makna tersendiri
cth:
EH, SENGAL LAH KAU NI
huraikan bahasa basahan/kolokial
merupakan bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian (ZABA-bhsa cakap mulut)
-kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
-menggunakan kosa kata yang mudah difahami
-terdapat unsur kependekan kata
-menggunakan struktur ayat yang pendek dan mudah
cth:
NAK KE MANA? (kamu hndak ke mana?)
huraikan bahasa baku
ialah kelainan bhasa yg diterima oleh anggota komuniti bhasa & dgnkan dlm situasi rasmi
-tiada percampuran kod
-tiada unsur kependekan kata
-digunakan dlm situasi formal
-titikberat aspek tatabhsa
huraikan bahasa formal
merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam hubungan rasmi
-Mematuhi aspek tatabahasa.
-Tidak menggunakan unsur singkatan.
-tiada unsur percampuran kod
-guna KGND & sapaan yg betul
cth:
SAYA TIDAK MAHU PERGI KE SEKOLAH. SAYA SAKIT