Wacana Kohesi Koheren Flashcards
Maksud wacana mengikut Kamus Dewan
Wacana merujuk kepada kesatuan fikiran yang utuh, sama ada bentuk lisan ataupun tulisan.
Wacana ialah unit bahasa yang
melebihi batas ayat: terdiri daripada lebih daripada satu ayat yang mengandungi kesatuan fikiran yang utuh (Asmah Haji Omar, 1980)
Wacana dalam unit tatabahasa
Merupakan satuan bahasa yang terlengkap, tertinggi dan terbesar dalam susunan tatabahasa (Harimurti Kridalaksana, 1984)
Susunan unit bahasa
- Wacana
- Ayat
- Klausa
- Frasa
- Kata
- Morfem
- Fonem
Contoh wacana
- Perenggan esei
- Artikel majalah
- Bab buku
- Jilid ensiklopedia
Ciri wacana yang baik
Mempunyai kesatuan, hubungan, perkaitan atau pertalian maklumat secara berturutan.
Contoh:
Wanita itu cantik. Dia dikatakan cantik kerana mempunyai hidung yang mancung dan kulit yang kemerah-merahan. – (√) Ada kesatuan/kaitan
Wanita itu cantik. Dia mempunyai kesan parut di wajahnya. Semalam dia ke kedai untuk membeli gula dan tepung – (X)Tidak Nampak kesatuan/kaitan.
Peranan wacana
- Menentukan makna sesuatu ujaran berdasarkan konteks atau situasi penggunaanya.
- Mewujudkan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap, menjadikan sesuatu pengucapan atau penulisan itu utuh.
- Memudahkan pemahaman kerana mempunyai idea yang lengkap, berhubung kait dan teratu.
Prinsip uatama wacana
- Hubungan ketatabahasaan
- Hubungan kesinambungan buah fikiran (idea)
Hubungan ketatabahasaan
Hubungan yang membina satuan yang kukuh dari segi tatabahasa.
Hubungan kesinambungan buah fikiran (idea)
Hubungan yang mampu memperlihatkan turutan maklumat antara setiap ayat yang digunakan.
Ciri-ciri penting wacana
- Kohesi (Tautan)
- Koheren (Runtutan)
Kohesi (Tautan)
Kohesi: Satuan yang menunjukkan keeratan atau keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana.
Tautan: Terjadi dalam bentuk leksikal dan nahuan (ketatabahasaan).
Jenis-jenis kohesi
- Kohesi leksikal
- Kohesi nahuan
Kohesi leksikal
- Melibatkan pengulangan unsur bahasa secara sinonim, kolokasi dan hiponim.
Kohesi nahuan
- Menghubungkan unsur tatabahasa dengan unsur tatabahasa yang lain.
- Bentuk rujukan dan penggantian.
Sinonim
Kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud.
Contoh:
tamadun dengan peradaban
Kolokasi
- Kata yang seperangkat.
- Kata atau frasa yang menjadi lingkungan (domain) atau medan makna bagi sesuatu perkara yang diperkatakan.
Contoh:
cantik, lawa, ayu, anggun, jelita, elok, indah, comel
Hiponim
Kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
Perabot (kerusi, meja, almari, katil, sofa)
Koheren (Runtutan)
Kesinambungan buah fikiran (idea) dalam sesuatu wacana. Kesinambungan itu menghasilkan wacana yang utuh dan menjadikan teks itu lengkap dan bermakna.
Ciri koheren
- Binaan wacana mempunyai susunan yang teratur
- Mempunyai isi yang kemas dan tidak bertentangan
- Maknanya jelas difahami.
Ciri-ciri lain wacana
- Mempunyai tujuan
- Mempunyai maklumat
- Melibatkan hubungan antara
penyampai - penerima // penutur penulis // pendengar - pembaca
Ciri-ciri lain wacana: Mempunyai tujuan
Tujuan menghasilkan wacana menentukan arah atau kehendak perbincangan atau selengaraan.
Contoh:
Untuk mengetahui sesuatu ditanya menggunakan ayat tanya
Ciri-ciri lain wacana: Mempunyai maklumat
- Maklumat dalam wacana terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baharu.
- Wacana berkembang dengan kewujudan maklumat baharu dalam ayat demi ayat.
Ciri-ciri lain wacana: Melibatkan hubungan antara
penyampai - penerima // penutur penulis // pendengar - pembaca
- Penutur/penulis perlu pastikan wujud maklumat atau hal yang ingin disampaikan.
- Pendengar/Pembaca perlu wujud untuk memastikan maklumat itu sampai.
-Tanpa kedua-dua pihak, wacana tidak sempurna.