Retorik Teknik Penyampaian Flashcards

1
Q

Teknik penyampaian idea

A
  1. Deduksi
  2. Induksi
  3. Analogi
  4. Pencerakinan
  5. Pentakrifan
  6. Petikan
  7. Elektik
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Teknik deduksi

A

Kenyataan umum (Isi penting) → Khusus (Huraian isi penting) → Huraian kesimpulan pernyataan khusus

Contoh:
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pendidikan asas komputer kepada para pelajar.
(Isi Penting)

Langkah tersebut amat dialu-alukan oleh ibu bapa kerana dapat mengisi kekosongan dalam bidang tersebut terutama di sekolah-sekolah luar bandar.
(Huraian Isi Penting)

Program ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada pelajar luar bandar untuk mempelajari komputer.
(Huraian kesimpulan [Harapan])

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Teknik induksi

A

Kenyataan khusus (huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi) → Kenyataan umum

Contoh:
Penagihan dadah menjadi ancaman kepada bangsa dan negara. Walaupun banyak usaha dilakukan untuk membanteras masalah penagihan dadah, namun tidak berkesan.
(Kenyataan Khusus)

Sebaliknya, jumlah penagih dadah semakin meningkat saban tahun.
(Kenyataan Umum)

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Teknik analogi

A
  • Kaedah perbandingan
  • Membandingkan topik utama dengan topik lain yang hampir sama

Contoh:
Paparan luaran tidak memberikan gambaran sebenar sifat seseorang. Macam buah mangga, kadang-kadang kulit cantik tetapi isinya busuk atau masam, tetapi ada buah yang tidak cantik tetapi isinya sungguh manis.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Teknik pencerakinan

A
  • Juga dikenali sebagai teknik analisis
  • Mengembangkan topik yang dibincangkan kepada beberapa komponen, kemudian menghuraikan setiap komponen
  • Setiap komponen membincangkan isi berbeza tetapi berkaitan antara satu sama lain
  • Setiap komponen dibincangkan secara mendalam

Contoh:
Latar ialah persekitaran sesebuah drama.

Aksi pula ialah tindakan atau gerak laku watak dalam sesebuah drama.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Teknik pentakrifan

A
  • Digunakan bagi:
    → Menerangkan konsep
    → Istilah
    → Asas
    → Pengertian tentang sesuatu perkara
  • Biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah yang berbentuk penerangan

Contoh:
Pencemaran alam sekitar ditakrifkan sebagai sebarang gangguan atau kerosakan terhadap alam sekitar akibat pengumpulan bahan tercemar.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Teknik petikan

A
  • Menyokong aau mengukuhkan perkara yang disampaikan
  • Petikan akan menambahkan keyakinan pembaca tentang sesuatu penulisan
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Jenis petikan

A
  • Petikan lansung
  • Petikan tidak langsung
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

Petikan langsung

A

Petikan yang diambil terus daripada sumber tertentu tanpa diolah.

Contoh:
Abdullah Hussain (2023) berpendapat, “Pada dasarnya PASPAM bergerak dalam bidang Bahasa dan persuratan tetapi lama-kelamaan badan ini telah diresapi oleh semangat kebangsaan sehingga secara tidak rasmi telah menjadi semacam pertubuhan politik”

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Petikan tidak langsung

A

Petikan yang diambil daripada sumber tertentu dan penghasil wacana melakukan pengolahan semula dengan menggunakan perkataan sendiri

Contoh:
Menurut Abdul Rahman (1994), matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mewujudkan perkembangan seimbang dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Teknik elektif

A

Isi penting → Huraian isi → Pengolahan contoh → Rumusan akhir

Contoh:
Langkah-langkah untuk memelihara warga tua ialah dengan membahagiakan mereka.
(Isi Penting)

Apabila membicarakan warga tua, kita seharusnya sedar bahawa kebahagiaan warga tua terletak pada kerukunan sesuatu keluarga.
(Huraian)

Sekiranya wujud suasana harmoni dalam keluarga, sudah tentu hubungan antara keluarga akan menjadi erat dan dapat membahagiakan warga tua.
(Huraian Contoh)

Jelaslah di sini, kerukunan hubungan sesuatu keluarga dapat membawa kebahagiaan kepada warga tua.
(Rumusan)

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly