Jenis-jenis Penanda Wacana Flashcards
Jenis penanda wacana
- Penanda Penghubung
- Penanda Rujukan
- Penanda Penggantian
- Penanda Leksikal
- Penanda Elipsis (Pengguguran)
Kepentingan penanda wacana
Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dalam sesuatu wacana.
Maksud penanda wacana
Perangkai ayat dengan ayat yang dapat menunjukkan wujudnya kesinambungan idea yang sesuai dengan ayat yang sebelumnya.
Penanda penghubung
- Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana (Nik Safiah Karim).
- Menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
- Terletak pada pangkal ayat untuk menghubungkan makna bagi dua atau lebih ayat.
Jenis penanda penghubung
- Penghubung tambahan
- Penghubung tentangan
- Penghubung musahab
- Penghubung tempoh
- Penghubung kesimpulan
Penghubung tambahan
Penghubung untuk memberikan maklumat tambahan bagi sesuatu hal yang telah diperkatakan sebelumnya.
Contoh:
akhirnya, dalam pada itu, di samping itu, kemudian, lagi pula, pertamanya, selain itu, sehubungan dengan (hal) itu, tambahan lagi, tambahan pula
Penghubung tentangan
Penghubung untuk menunjukkan wujudnya pertentangan maklumat dengan hal yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh:
akan tetapi, biarpun begitu, meskipun begitu, meskipun demikian, namun begitu, namun demikian, sebaliknya, sebenarnya, sugguhpun begitu, walau bagaimanapun, walaupun begitu, walaupun demikian
Penghubung Musabab
Penghubung yang menjelaskan wujudnya kesan yang disebabkan oleh sesuatu yang berlaku sebelumnya.
Contoh:
akibatnya, jadi, kerana hal itu, lantaran itu, maka, dengan hal yang demikian, oleh hal yang demikian, oleh itu, oleh sebab itu
Penghubung tempoh
Penghubung yang menunjukkan waktu dan urutan masa atau susunan berlakunya sesuatu hal.
Contoh:
akhir-akhir ini, akhirnya, kemudian, lambat laun, pada ketika itu, sementara itu, selepas itu, seterusnya
Penghubung kesimpulan
Penghubung yang menunjukkan ringkasan atau rumusan pada sesuatu yang dinyatakan sebelumnya.
Contoh:
dengan kata lain, jadi, kesimpulannya, pendek kata, pendeknya, ringkasnya, secara ringkasnya, izharnya, konklusinya, tuntasnya
Penanda rujukan
Penggunaan kata yang menjadi hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk.
Kata ganti nama yang dijadikan rujukan
- Kata ganti nama diri (orang)
- Kata ganti nama tunjuk
- Kata ganti nama tempat (arah)
(Penanda rujukan) Kata ganti nama diri (orang)
- Terdiri daripada jenis diri pertama, diri kedua dan ketiga.
- Digunakan untuk merujuk kata nama khas atau kata nama am yang digunakan sebelumnya.
Contoh:
dia, ia, mereka, kami, kita, baginda, beliau, -nya
(Penanda rujukan) Kata ganti nama diri tunjuk
Digunakan untuk menunjuk sesuatu atau merujuk sesuatu benda yang telah disebutkan sebelumnya.
Contoh:
ini, itu
(Penanda rujukan) Kata ganti nama tempat (arah)
Digunakan untuk merujuk nama tempat, sama ada nama am atau nama khas yang disebut sebelumnya.
Contoh:
sini, sana, situ
Penanda penggantian
- Penggunaan kata atau frasa yang menggantikan suatu unsur dengan unsur yang lain dalam wacana yang sama.
- Unsur penggantian itu memperlihatkan makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
1. “suka menolong orang susah dan mesra” → “amalan baiknya”
2. “pelbagai kesengsaraan” → “kesempitan hidup”
3. “memenangi beberapa acara” → “kejayaan meraih pingat emas”
Penanda leksikal
Pengulangan unsur bahasa atau leksikal yang melibatkan makna yang hampir sama atau berkaitan.
(Penanda leksikal) Pengulangan yang terjadi terdiri daripada
Kata atau frasa:
- yang sama
- yang bersinonim
- yang mempunyai hubungan hiponim
- yang mempunyai kolokasi
Pengulangan kata/frasa (Penanda leksikal)
Kata diggunakan secara berulang dalam wacana dan membawa makna yang sama.
Pengulangan sinonim (Penanda leksikal)
Penggunaan kata atau frasa lain yang membawa erti yang sama dengan frasa yang digunakan sebelumnya.
Pengulangan kolokasi (Penanda leksikal)
Penggunaan kata atau frasa lain yang menunjukkan unsur yang berkaitan dengan hal yang ingin disampaikan.
Contoh:
1. “hidupan liar” & “habitat”
2. “matahari bersinar” & “keadaan sekitar menjadi terang”
3. “penempatan” & “rumah kos rendah” & “kedai runcit” & “pejabat pos” & “pusat kegiatan sukan”
Pengulangan hiponim ( Penanda leksikal)
Penggunaan kata atau frasa yang merujuk ahli bagi sesuatu perkara atau benda.
Contoh:
1. “buah rambal, dokong, sukuj” ∈ “buah-buahan tempatan”
2. “Melayu, Cina, India, etnik-etnik lain” ∈ “kaum”
3. “Geografi, Sains, Matematik, Perdagangan” ∈ “mata pelajaran”
Penanda elipsis (pengguguran)
- Penghilangan atau peniadaan kata atau frasa yang disebut sebelumnya.
- Hal ini banyak terjadi dalam sebutan lisan.
Contoh:
Maisarah: Awak kerja di mana? (Awak bekerja di mana?)
Efi: Taman Suntex (Saya berkerja di TamanSuntex)
Maisarah: Dah lama? (Sudah berapa lama awak bekerja di sana)
Efi: Tiga tahun (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun)