ULUM QURAN DAN KEPENTINGANNYA Flashcards
1) Apakah pengertian ulum quran
1) Ulum quran adalah suatu ilmu yang yang membahaskan tentang quran dari segi penurunan, penyusunan, pengumpulan, penulisan, bacaan, tafsir, ijaz, nasakh dan mansukh, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alquran.
2) Ceritakan tentang sejarah perkembangan ulum quran
2) Zaman rasulullah
- Ulum quran belum lagi dibukukan. Baginda menyampaikan dan menerangkan alquran secara jelas dan cermat kepada para sahabat agar mudah difahami, diterima dan dihafaz.
- Rasulullah tidak mengizinkan para sahabat menulis sesuatu dari baginda selain alquran kerana dikhuatiri akan bercampur dengan yang lain.
Zaman khulafa arrashidin
- Alquran di kumpulkan pada zaman khalifah abu bakar sidiq
- Pada zaman khalifah usman bin affan, beliau menyatupadukan umat islam pada satu mushaf iaitu mushaf alimam. Nama mushaf alimam ini ialah resam usmani.
- Beliau mengarahkan supaya salinan-salinan mushaf ini dihantar kebeberapa negeri dan mushaf-mushaf lain hendaklah dibakar.
- Pada zaman khalifah ali bin abi talib beliau memerintahkan abu aswad untuk meletakkan kaedah-kaedah nahu sebagai satu langkah untuk mengawal perkembangan Bahasa, juga untuk menjaga alquran supaya ia tetap murni dan tidak terdedah kepada penyelewengan
Zaman bani umayah
- Para sahabat dan tabiin menyebarkan ulum quran dengan cara talaqi dan mushafahah.
- Tokoh yang terlibat dianggap sebagai pengasas ilmu tafsir, asbab nuzul, nasakh dan mansukh
Zaman bani abasiyah
- Zaman pembukuan ulum alquran kerana telah muncul pelbagai buku dalam bidang ini.
- Bidang tafsir yang dianggap sebagai ibu ulum quran.
- Buku-buku tafsir yang ditulis oleh mereka merupakan himpunan dari kata-kata sahabat dan tabiin dalam mentafsirkan ayat-ayat alquran
3) Senaraikann bidang kajian ulum quran
3) Bidang qiraat – membicarakan tentang cara menyebut kalimah quran serta kepelbagaian dan perubahan yang berlaku, dengan disandarkan kepada periwayatan
Fadhail alquran – membincangkan tentang kelebihan dan keistimewaan alquran
Tafsir dan taawil – memahami kitab Allah dan menjelaskan maknanya. Menukar atau mengalih makna sesuatu lafaz daripada maknanya yang jelas kepada makna yang tidak jelas
4) Apakah kepentingan mempelajari ulum quran?
4) -Dapat menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam alquran
- Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaij alquran, bahawa ia merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia
- Negara dapat melahirkan tokoh-tokoh dan pakar rujuk dalam bidang ulum quran
5) Cadangkan usaha-usaha dan tindakan untuk menggunakan ilmu ulum quran sebagai panduan dalam memahami kandungan al-quran
5) Individu
- mengkaji dan meneliti cara ulama-ulama silap menggunakan ilmu ulum quran dan memahami kandungan alquran
- mempelajari ilmu ulu m quran ddengan bersungguh-sungguh daripada guru-guru yang mahir
Masyarakat
- mengadakan pengajian percuma berkaitan ilmu ulum quran di masjid-masjid
- menyebarkan risalah berkaitan ilmu ulum quran dan kepentingan mempelajarinya kepada masyarakat
Negara
- memperbanyakkan pusat pengajian yangmemberi tumpuan khusus kepada pengajian ulmu ulum quran
- memperbanyakkan pengajian ilmu ulum quran dalam media massa seperti televisyen dan radio
6) Apakah akibat mengabaikan ulum quran?
Gagal menangkis keraguan-keraguan yang dilemparkan oleh musuh-musuhislam terhadap alquran
- Jahil tentang keistimewaan ahli tafsir dalam melakukan pentafsiran terhadap ayat-ayat alquran
- Kurang menghargai pengorbanan para ulama silam dalam mempertahankan kesucian alquran