HADIS MUTUWATIR DAN HADIS AHAD Flashcards
APAKAH MAKSUD HADIS MUTUWATIR
- suatu hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai dan mustahil pada adat mereka berpakat melakukan pendustaan terhadap hadis rasulullah.
BERIKAN 3 SYARAT HADIS MUTUWATIR
- hadis tersebut hendaklah diriwayatkan oleh perawi yang ramai
- bilangan perawi yang ramai mencapai satu tahap mustahil pada adat mereka berpakat untuk melakukan pendustaan terhadap hadis
- perkhabaran hadis hendaklah diterima melalui pancaindera yang lima.
NYATAKAN 2 PEMBAHAGIAN HADIS MUTUWATIR
- hadis lafazi [sama lafaz dan makna]
- hadis maani [sama maksud beza lafaz]
APAKAH HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS MUTUWATIR?
- wajib beramal dan diterima sebagai hujah
- hadis mutuwatir ialah ilmu daruri yang tidak boleh dipertikaikan
BERIKAN MAKSUD HADIS AHAD
hadis yang tidak memenuhi syarat hadis mutuwatir
NYATAKAN PEMBAHAGIAN HADIS AHAD (3)
- hadis masyhur
- hadis aziz
- hadis gharib
APAKAH MAKSUD HADIS GHARIB?
hadi syang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja
APAKAH MAKSUD HADIS AZIZ?
hadis yang diriwayatkan oleh dua orang perawi pada setiap peringkat
APAKAH PENGERTIA HADIS MASYHUR?
hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had hadis mutuwatir
BERAPAKAH HAD BILANGAN MINIMUM PERAWI HADIS MUTUWATIR?
4, 5, 20, 40 ORANG
APAKAH HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS AHAD?
- boleh beramal danberhujah dengan hadis ahad tetapi jika tidak mengamalkan tidak kufur.
BERIKAH HADIS AHAD YANG BOLEH DJADIKAN HUJAH.
hadis maqbul (hadis yang diterima)
BERIKAN HADIS AHAD YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH
hadis mardud (hadis yang ditolak)