ALQURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU Flashcards
BERIKAN PENGERTIAN ALQURAN (7 POINT)
- alquran ialah kalam Allah yang mempunyai mukjizat
- diturunkan kepada nabi muhammad
- melalui perantaraan malaikat jibril
- dalam bahasa arab
- diriwayat kepada kita secara mutuwatir
- membacanya dikira satu ibadah
- dimulai dengan surah alfatihah dan diakhiri dengan surah annas.
BERIKAN MAKSUD MUKJIZAT
- mukjizat ialah perkara luar biasa yang menyalahi adat kebiasaan manusia yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulnya sebagai bukti akan kebenaran risalah mereka kepada umat manusia.
BERIKAN MAKSUD WAHYU
wahyu ialah kalam Allah yang diturunkan kepada seorang utusan yang menjadi pilihannya, melalui perantaraan ataupun secara tersembunyi sebagai ajaran agama mengikut cara yang khusus.
ok ni pasal sejarah pengumpulan alquran. ready?
READY !
BERAPA LAMAKAH ALQURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR?
23 tahun
PADA ZAMAN RASULULLAH MACAM MANA ALQURAN DIKUMPUL? (2)
- pemeliharaan alquran dalam bentuk hafazan
- pengumpulan dalam bentuk penulisan
SIAPA YANG CADANGAKN KEPADA KHALIFAH ABU BAKAR SUPAYA ALQURAN DI BUKUKAN?
KHALIFAH UMAR BIN ALKAHATAB
AWAL-AWAL KHALIFAH ABU BAKAR TOLAK EN. KENAPA DIA TOLAK?
sebab perkaran tersebut tidak dilakukan oleh nabi. namun akhirnya beliau bersetuju demi memlihara alquran
KHALIFAH ABU BAKAR LANTIK SIAPA UNTUK MENGUMPULKAN ALQURAN?
ZAID BIN SABIT
APAKAH YANG MENYEBABKAN SAYYIDINA USMANBIN AFFAN MEMBENTUK JAWATANKUASA?
sebab sayyidina hazifah bin yaman mendengar pertikaian dan perselisihan kaum muslimin tentang bacaan beberapa ayat alquran.
APAKAH TUGAS JAWATANKUASA TERSEBUT?
menyalin alquran dalam bahasa quraisy dan memperbanyakkan mashaf.
APA JADI DENGAN PEMBUKUAN ALQURAN YANG SEBELUM-SEBELUM NI?
khalifah usman memerintahkan supaya dikumpulkan semua lembaran alquran yang ditulis sebelum ini dan membakarnya.
APAKAH FAAEDAH PEMBUKUAN MASHAF USMANI?
- menyatukan kaum muslimin pada satu mashaf yang seragam
- menyeragamkan bacaan walaupun terdapat pelbagai qiraat
- menjadikan surah-surah tersebut tersusun mengikut tertib
APAKAH PENAMBAHAN PEMBUKUAN ALQURAN PADA ZAMAN BANI UMAYYAH?
proses penulisan alquran, dilakukan dengan penambahan titik dan pembaharuan tulisan yang lebih cantik dan tersusun rapi.
APAKAH PENAMBAHAN PROSES PENULISAN ALQURAN PADA ZAMANBANI ABASIYYAH?
penambahan titik
BERIKAN KEISTIMEWAAN ALQURAN BERBANDING KITAB-KITAB SAMAWI YANG LAIN (2)
- Alquran mudah untuk dihafaz sesiapa sahaja
- mendapat jaminan daripada Allah untuk kekal dan dijaga sendiri olehnya
- mencakupi semua aspek yang terdapat dalam kitab-kitab samawi sebelumnya.
APAKAH KEPENTINGAN ALQURAN SEBAGAI MUKJIZAT DAN WAHYU DALAM KEHIDUPAN?
- menjamin kehidupan yang selamat didunia dan diakhirat
- mempertahankan keimanan seseorang muslim supaya tetap dalam akidah yang sahih.
CADANGKAN USAHA DAN TINDAKAN ANDA UNTUK MENJADIKAN ALQURAN SEBAGAI PANDUAN UTAMA DAAM KEHIDUPAN
- berpegang teguh dengan ajaran alquran dalam segenap aspek kehidupan
- mengadakan program-program yang berkaitan alquran
- mengajar anak-anak kecil membaca alquran